Senang dan murah membeli kelengkapan persekolahan di Pusat Pakaian Hari Hari !

by - Selasa, Mac 01, 2022

Cuti sekolah baru bermula. Tapi tidak bagi aku. Walaupun cuti sekolah panjang , aku dan wife dah bersetuju untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak anak. Senang. Nanti tak kalut di hujung waktu. Kita bukan tahu apa yang boleh berlaku di masa hadapan kita walaupun esok hari saja. Contohnya ? Harga barang naik ! Haaaaa... atau stok abis ! Haaaa ! Hahaha.. Dan jangan lupa kita masih bertarung dengan virus !

Ok ok.. tak kisah la. Ikut kemampuan masing masing. Oh ya, bicara soal kemampuan.. tahun ni dan tahun mendatang , aku kena berjimat cermat. Anak anak dah membesar dan kos membesarkan mereka bukan kecil. Maka berikan yang terbaik mengikut kemampuan kita. 

Tadaaaa... Ke Pusat Pakaian Hari Hari kita ! Apaa ?? Ok ke kualiti kat situ ??? Dulu aku pikir macam tu gak. Tapi bila tengok rakan rakan blogger dah kerap ke sana membeli pakaian persekolahan termasuk pakaian berhari raya , aku rasa memang kena cuba gak la ke sini. 

Mesti korang nak tau , ada ke Pusat Pakaian Hari Hari di kawasan berhampiran korang, kan ? Heee.. Korang boleh check dulu  senarai cawangan Pusat Pakaian Hari Hari di SINI.



Aariz teruja abis bila berada dalam premis ni. Jangan kata dia , aku sendiri pun cam.. WOW ! Sedangkan selama ni , aku lalu je kat area ni tapi tak pernah terlintas langsung nak masuk. Bila dah masuk... eh , banyak rupanya pakaian untuk anak anak dan paling menarik ialah.. MURAH tapi BERKUALITI ! Adeh... tersilap besar aku. Pasni cari pakaian diorang kat sini jer. Senang. Jimat. 

Kedua , aku suka susun atur. Kemas dan mudah nak cari. Dibantu dengan staff yang bertugas, memudahkan lagi. Sangat membantu. Terbaik. Anak anak pun selesa je mencari barang keperluan. Aku tengok harga setiap pakaian, rasa cam tak percaya jer. Murah benar. Tapi kualiti cun ! 

Suka tengok gelagat anak anak memilih pakaian.... terus bersemangat nak pergi sekolah si Aariz terutamanya. Sebelum ni dia takut. Dia tak gi tadika pun masa usia 5 tahun. Terus ke 6 tahun. 





Semua ada di sini. Dari pra sekolah hinggalah ke sekolah menengah ! Semua size ada. Senang. Tak perlu nak gi mencari di kedai lain lak.














Haaa.. menarik ? Heee... aku tahu. Aku pun. Pasni kalau nak beli pakaian baru diorang pun, aku akan ke sini. Tak payah nak berjenama bagai. Asal selesa dah. Boleh dapat berhelai helai seorang ! Huhuh.. Rugi rugi... Kalau terbeli size yang tak tepat pon, boleh tukar kembali. Dalam masa 7 hari dan jangan cabut tanda harga tu. Tu je syaratnya. 

Beli online ? Pun boleh jer. Ada diskaun lagi . Gi ke www.ehari.com pastu pilih mana berkenan dan bayarlah ! Hee.. mudah jer. Oh ya... diskaun diberikan sehingga 31 Mac 2022 yer. Pastu takda dah. Heee.. mana leh lama lama.. Pastu nak raya lak. 

Siap beli ! Tapi akan datang lagi. Amik yang penting penting dulu. Nanti nak cari kasut sekolah , songkok , stokin.. eh , banyak lagi rupanya. Hahaha.. Tak peee... tak jauh dari rumah pun. 5 minit dah sampai. 

Jatuh cinta lak ngan Pusat Pakaian Hari Hari ni. Heee.. Kenapa ? Mestilaaahhh  sebab JIMAT banyak  ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Tak koser dah pakaian berjenama. Sekolah on off 😂 stghesss mak. Tapi kalau sekolah macam biasa pun memang duk beli jat Hari-hari. Kain dia best. Harga pun mesra poket. Bahagiaaa shopping 😁

    BalasPadam
  2. Jimat banyak tuu betul sangat! Macam Nina anak ramai berbaloi sangat.
    Nina pun beli kelengkapan sekolah kat sini. Puashati

    BalasPadam