Nak kurus tapi takda semangat ?
Bukan mudah nak turunkan berat badan tapi tak susah pun sebenarnya ! Eh ??? Tak paham ! Apa yang kau cakap ni , Ben ?? Kata tak mudah tapi tak susah ? Mana satu ni ? Hurm.... cuba terangkan betul betul. Camana nak buat sebenarnya? Raya dah dekat ni.. Haaa !
Hurm... Kegagalan ramai kawan kawan untuk turunkan berat badan adalah berpunca dari aktiviti harian sendiri. Punca tak mampu kawal pemakanan dan juga tiada aktiviti sihat , membuatkan lemak semakin membukit ! Pastu.. cari jalan singkat ! Ada duit , buat pembedahan. Takda duit, cari ubat kurus. Tapi kesan jangka panjang.. diorang tak kisah. Kan ?
Sebenarnya.. mudah jer. Kawal makan jer. Awal awal tu, kawal minuman manis. Kemudian elakkan makanan yang bergoreng dan banyak minyak. Banyakkan minum air masak. Bila dah berjaya elakkan makanan bergoreng , cuba elakkan makanan yang tinggi lemak. Korang pun tau kan makanan apa ? Biasanya makanan yang viral viral ni la yang bahaya. Sedap tu memang sedap. Tapi jika sayangkan kesihatan. Kita pun tahu nilai kesihatan sekarang ni sangat mahal. Ubat Panadol pun dah mahal. Pastu bila sakit , awal awal dah kena beli swab kit. Kena test positif atau negatif. Baru boleh pergi jumpa doktor bagai. Duit semua tu !
Banyakkan aktivit di luar bersama keluarga. Pagi pagi pun dah boleh berjalan jalan di sekitar taman. Buat dalam 30 minit dah la. Tenangkan jiwa. Ambil udara segar. Damai. Tak stress di pagi hari. Bahaya tau kalau stress stress ni. Mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Cukup dua ni korang mampu kawal.. inshaAllah akan nampak perubahan sedikit demi sedikit. Susah ? Tak susah pun malah dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian lagi. Nasi putih, ikan bakar dan sayur. Cukuplah kan ? Air putih... siap !
1 comments
Betul tu ben, tambah satu lagi tips. Reprogram identification diri dulu dengan good lifestyle, memula memang payah, bila dah amal eh senang rupanya, kemudian baru ia jadi habit. Sebab yang ditakuti adalah sementara je, kita nak ia jadi norma habit harian tanpa di paksa, baru jadi lifestyle. TQ sharing ben, good job!
BalasPadam