Tips camana nak kasi slim perut dengan cepat ?

by - Februari 08, 2022


Maaf la yer. Aku ni bukanlah nak tunjuk perut aku yang slim tu. Sekadar nak menaikkan semangat rakan rakan yang seusia dengan aku atau setaraf aku. Cenggitu haaa ! Hahaha... Aku tahu. Ramai nak jaga badan tapi tak sempat ! Sibuk dengan kerja.. dengan keluarga ! Nak bersenam pun payah ! Haih... sampai rumah, dah penat ! 

Hurm..Sebenarnya , tips ni lama dah otai otai bodybuilding buat tapi aku je tak lalu nak ikut. Makan oats ! Huhuh.. Giler laa... rasa dia tak leh blah langsung ! Kan kan ? Tapi baru baru ni.. aku try gak la. Dah payah sangat nak leankan badan aku ni. Harap bersenam, macam macam dah buat tapi tak jadi jadi gak. Dan baru baru ni, hasil lepak 2 jam bersama abg Sazali Samad, barulah aku tau... pemakanan adalah keutamaan ! 

Kegagalan aku ialah sarapan pagi dan makan malam ! Terutamanya makan malam ! Kat sini aku selalu gagal. Balik dari gym.. konon konon nak recover bagai... bedal kaw kaw makanan. Hasilnya... boroi dan tekanan darah tinggi. Aiyokkk.... bikin naya badan jer. Sia sia gi gym.. 

Makan pagi ni penting. Tapi janganlah bedal nasi lemak sambal sotong , telur goreng pastu letak lagi kerang bagai ! Abis tu... makan lagi roti canai ! Kononnya nak tahan sampai ke tengahari. Aiyokkk... naya weh ! Camana la tak boroi perut tu ! 

Kalau nak badan biasa biasa tapi smart.. biasanya aku akan makan lepas workout di pagi hari. Sekadar membakar kalori 300-500 jer. Tak yah sampai seribu pun. Kang pitam haa... Pastu amik oats dan dicampur dengan MMX Isolean. Kenapa Isolean ? Sebab aku tak nak tinggi  kalori ! Tapi protein dia tinggi. Satu scoop je cukup. Penting protein untuk tubuh badan kita. Bukan untuk sado tau ! Otot kita ni perlukan protein. Oh ya... aku tambah dengan susu atau air suam jer. Kenyang dah sampai ke tengahari. Standby gak la roti sekeping dua atau makan skit bihun gitu. 

Tapi kan.. kalau ada bajet lebih, boleh je campurkan lagi dengan kacang badam atau kekacang yang lain. Memang sedap laa jadinya. Tak perlu dah nak makan makanan lain untuk sarapan. Tu je dah cukup.

Korang boleh nampak kesan seawal 2 minggu. Fuh.. kalau buat ketika Ramadan, memang padu la. Tapi awas.. boleh kebuluran wooo kalau tak biasa ! Hahahaa.. Sebab oats ni mampu tahan sampai tengahari jer. Melainkan korang tak guna pakai banyak tenaga.. boleh la sampai ke waktu berbuka. 



Itu je la tips aku leh kongsikan buat masa ni. Jika ada penemuan terbaru mengenai cara lebih mudah untuk kasi slim perut selain potong usus, aku kongsikan nanti. Haaaa... Jangan risau.. aku tak makan sorang ! Hahahha.. 

MMX Isolean boleh didapati di : https://nutritionpro.my/

You May Also Like

2 comments

  1. suka buat intermittent fasting je. sebab takut nanti angan2 nak kurus tak jadi nak kurus

    BalasPadam
  2. fuhh ternampak perut rata Ben tu tiba-tiba timbul inspirasi nak rajin workout nak kasi slim perut sendiri yang dah 'membukit' sedikit ni. Inspiration tips brada.. thanks

    BalasPadam