Tiba-tiba aku demam !

by - Februari 16, 2022

Lepas subuh... keluar rumah , hirup udara segar ! Nyaman.. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Aku melangkah keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada titisan hujan menitik di kepala. Alamak.... bahaya ni. Nak hujan kah ? Tapi cuaca nampak ok. Aku teruskan niat aku untuk berlari pagi ni. 

30 minit berlari dan berjalan. Selesai. Balik rumah.. Rileks jap. Buat kerja rumah.. Dalam jam 10 gitu baru mandi. Terasa segar. Pastu makan dan sebagainya. Uruskan anak anak. Petang tu, aku terasa sejuk sangat badan. Rasa lain macam jer. Periksa suhu badan.. Normal. Tapi sejukkkkk semacam. 

Aku tertidur lepas Asar tu. Terjaga dari tidur, ketika wife balik dari kerja. Badan terasa lesu. Aku rasa punca dari senaman pagi tadi. Yelah, beberapa hari off berlari.. tiba tiba berlari.. memang sengal la badan. 

Malamnya... aku kesejukkan. Suhu normal. Tapi dalam mulut terasa panas. Bila minum air , ok rasanya. Aku telan sebjik panadol. Aku asingkan diri di bilik atas. Tidur sorang sorang jer. Sakit tekak , selsema dan sebagainya.. takda pun gejala gitu. Swab test RTK  guna nasal ( hidung ). Alhamdulillah.. negatif.

Aku tau pun aku jadi gitu. Kena titisan hujan atau embun subuh tadi ! Silap aku tak pakai topi dan terus mandi lepas bersenam tu. Adeh... Sepanjang malam , aku check suhu badan. Normal jer. Takda demam tapi rasa sejuk di tapak kaki dan tangan. 

Esok hari.. aku rasa ok skit. Tiada demam. Wife , aku tak bagi pergi kerja lagi. Aku kena pastikan aku betul betul ok. Lepas mandi , makan dan amik pandol 2 bijik. Pastu bersenam sedikit keluarkan peluh.. Badan kembali terasa segar. Aku swab test RTK sekali lagi , negatif. 

Tengahari.. aku ok dah. Segar kembali. Alhamdulillah. Insaf dah ! Pasni kalau nak keluar subuh berjogging, memang kena pakai topi. Tahu kelemahan diri tapi tak ambil berat ! Pasni memang kena pakai topi je la bila keluar jogging. Sebab tau diri mudah demam jika kena hujan.

Oh ya.. memandangkan kes sedang tinggi sekarang.. ni ada tips dari mereka yang arif. 





 

You May Also Like

0 comments