Kembali bersemangat

by - Februari 26, 2022


Hari ni aku gi gym. Rasa sendu je semangat bila tengok diri di cermin. Kena kembalikan semangat apatah lagi bila page Facebook aku, Santai Ben Ashaari dah takda harapan untuk dapatkan semula. Report ke Facebook berkali dah buat. Tapi macam.. Allah.. Jadi stress aku dibuatnya.

Semangat dapat awal pagi. Mula tu malas gak. Lebih pada rasa nak brisk walk jer. Tapi mood nak ke gym tiba tiba hadir. Aku kuatkan semangat. Terus gi gym seawal jam 8 pagi. Cuaca redup dan sejuk. Nak berjalan kang , terasa beku jer. Hahaha.. Baik kasi panas badan kat gym. Syok skit...

Sampai gym.. 

" Assalamualaikum.. Apa khabar ? " tanya aku sambil menulis nama aku di buku log. Kemudian aku bersihkan tangan aku guna sanitizer. Memang itulah yang aku lakukan bila memegang barang di tempat orang. Kena berhati hati... 

" Wsalam bang.. Alhamdulillah.. baru baik bang. " jawab staff tu. Aku pandang dia. Tertanya. 

" Saya kena Covid 19 bang , 2 minggu lepas. Kan gym tutup seminggu , minggu lepas. " sambung dia. 

Aku cam.. Hurm. 

Dia teruskan bercerita dan sesekali aku bertanya soalan. Dia menjawab dengan baik. Kasihan juga. Bukan dia dapat dari gym tapi dari hospital ketika membawa anak kecilnya mendapatkan rawatan sakit kuning di sana. 

Cuma aku sedikit terkilan je la... sebelum dia dapat Covid 19 tu , dia di gym memang tak pakai face mask. Ke hulu ke hilir dan berbual dengan pengunjung gym... Seingat aku kali terakhir aku berbual dengan dia pun, dia dok selsema. Nasib baik aku berface mask di gym. 

Dan tadi masa berbual dengan aku pun.. dia masih tak pakai face mask. Adeh.. Camana tu ? 

You May Also Like

0 comments