Kenapa aku campurkan peria dalam jus detox aku kali ni ?
Kenapa aku suka buat jus detox ni ? Haaa... jawapan mudah ialah.. diet pemakanan harian aku tak seimbang sangat. Dalam makanan harian aku, payah nak ada sayur dan buah. Bukan sebab aku tak suka tapi aku kurang nak makan nasi. Makan buah tu, bila ada depan mata.. baru nak makan !
Bila aku buat jus macam ni, haa..barulah ada sayur dan buah setiap hari dalam perut aku. Kalau tidak... hurm ! Rasa tak seimbang jer. Tu yang nak membuang pun payah ! Fiber kurang. Banyak protein jer ! Tak bagus yer ! Kena seimbangkan. Baru penyakit menjauhi. Segalanya berpunca dari perut. Pastikan lawas membuang.
Minggu ni , aku buat jus lagi. Aku kerap kena buat sebab aku amik makanan berproses. Makanan berproses ni tak bagus untuk buah pinggang dan hati. Maklumlah , dua organ ni antara yang terpenting dalam tubuh badan kita. Sebenarnya, semua pun penting ! Maka kena jaga.
Haaa.. ni kali kedua aku tambah peria ! Rasa jus ni memang payau sekali tapi boleh ditelan jika disejukkan. Sedap terus ! Hahaha. Jangan terus minum. Sejukkan dulu. Memang boleh telan sekali gus gitu. Heee.. Aku takda masalah. Aku suka ! Bangun tidur , perut automatik memulas. Maka senang nak membuang. Selepas terus pastu.
Oh ya... kenapa aku letak peria ? Ada masalah dengan gula ke ? Haaa... Punca utama aku letak ni sebab nak seimbangkan gula dalam badan. Walaupun aku tak tambah gula dalam minuman aku tapi minggu lepas , banyak makan luar aku sekeluarga. Minum manis tu ada. Begitu gak anak anak. Wife pun sama. Tapi Alhamdulillah.. terkawal.
Selain dari tu, peria ni bagus sangat ! Cuma jangan amik keterlaluan la. Macam dalam jus aku buat kali ni, cuma dua bijik jer. Dan tu pun untuk dua bekas air besar. Kiranya ok la. Bukan minum untuk secawan.
Selain peria, wajib aku letak ialah Ubi Bit atau Beet Root, lobak merah , tomato , epal hijau , lemon dan juga timun. Anak anak minum dua teguk je sehari. Diorang payah nak makan sayur dan buah, maka ni je cara aku buat. Kaya dengan vitamin C gabungan jus ni. InshaAllah.
Ok.. apa kelebihannya ? Ni aku amik dari artikal RASA yer...
PERHATIAN: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
KHASIAT PERIA KATAK
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
5. Membaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
Kesan sampingan ? Hurm.. ada juga kesan sampingan yang tak bagus jika diambil berlebihan. Contohnya cirit birit. Gitulah..
3 comments
Dah lama tak makan peria, hmm kena cuba la...
BalasPadamPower letak peria dalam jus. Patut la badan maintain.
BalasPadamKalau akak, peria tu akak suka buat ulam.Buat jus tak boleh nak telan.Kalau tak pun, hiris nipis, goreng dengan telur dadar.Tapi, minyak sikit je la.
BalasPadam