Ramai stress dalam tak disangka !

by - Isnin, Februari 07, 2022


 Selepas subuh.. masih ngantuk ! Zahra , dari dalam bilik... dia ikut aku berbaring di ruang tamu. Aku tanya dia... " Nak gi jogging tak ? ". Dia kata nak. Tapi aku malas ! Hahahaha.. Teringat semalam aku 'makan besar' di luar , terus aku kembali ajak dia brisk walk di kawasan taman. Tak boleh nak ke tempat biasa sebab wife kerja. Aku ada dalam 20 minit saja untuk brisk walk pagi ni. Hurm.. tak pe la.. malam kang gi gym. 

Selesai brisk walk.. aku jemur baju. Sebelum tu , aku jump rope sat. Selagi udara masih segar, aku nak abiskan masa di luar rumah. Udara pagi ni bagus untuk paru paru kita. Nanti dah mula banyak kenderaan di jalanan, nak hirup udara segar pun dah tak best ! Tambah lagi kena pakai face mask. 

Udara segar ni bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Mereka yang stress pun patut amalkan. Bila cakap bab stress ni, sebenarnya ramai antara kita ni stress tanpa kita sedari ! Terutama mereka yang bekerja dan menguruskan rumah. Dia punya stress memang tak nampak ! Macam aku ni.. walaupun bab mengurus rumah masih dibawah kementerian wife , aku yang uruskan bab anak anak dan pelajaran memang bikin stress walaupun muka ada senyum ! 

Amalkan. Bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.


Hahaha.. Yelah, nak handle anak anak yang pagi pagi dah menjeling ke gajet , bukan senang ! Suruh belajar , diorang belajar.. tapi bersyarat. Eh, aku pulak kena ikut syarat diorang. Kang aku bertegas, merajuk. Haih.. aku gak kena pujuk. Pastu urus makan lak.. sehinggalah malam ! Esoknya, ulang.. gitulah.. Bukan mengeluh cuma nak kasi tau.. kalau kita tak urus dengan betul perasaan kita tu.. memang boleh bikin stress ! 

Pemakanan yang tak seimbang juga faktor penyumbang kepada tekanan atau stress. Yang ni kita kena hati hati. Nak kawal makan ni, bukan sehari dua je.. kena makan masa yang cukup panjang. Baru boleh nampak kesan dia. Maka berhati hatilah bila bab makan ni. 

Rehat sangatlah penting. Tidur awal di malam hari ! Bukan kena tidur lama ! Tidur awal, bangun awal. Gitulah disiplinnya. Kalau mengantuk, tidur je tengahari kang. Tidur 100 tahun pun takkan cukup punya. Memang dah badan kita kena rehat selepas ada aktiviti. Camana pun , kena rehat ! Ini semua pun punca kepada stress. Bila kita stress, tekanan darah melambung naik ! Bila dah naik.. hurm...

Aku sekadar bagitau jer.. Nak ikut , ikutlah..

You May Also Like

0 comments