Minuman manis ? Lama dah aku tak minum ! Kenapa ?

by - Khamis, Februari 10, 2022


Sedap ! Serius sedap ! Makanan makanan kat Malaysia ni, memang sedap sedap belaka. Cukup rasa ! Padu. Melekat ! Meleleh. Eh , macam macam la rasa ada. Kaki makan, akan mencari makan sedap sedap setiap hari. Mana yang viral, itu yang diserbu. Kan kan ? 

Aku ? Hurm... Masa umur 20 an mungkin la kot nak jadi food hunter ni. Tapi selepas aku saksikan sendiri kesan dari pemakanan ni , aku terus berubah perangai ! Ketika tu , aku jaga arwah ayah di hospital Kuala Lumpur. Aku berbual sendiri dengan pesakit diabetis. Kehilangan kakinya. Bukan sorang dua ! Boleh dikatakan setiap hari ada je pesakit diabetis check in di situ. Muda muda ! Gulp... 

Teringat aku yang suka minum air air yang bekalkan tenaga ketika memandu jauh atau lepas gym. Alamak.. patutlah boroi aku tak hilang hilang walaupun aku gi gym setiap hari ! Salah konsep aku rupanya. Gula tu.. gulaaaa ! Sangat tak bagus untuk badan aku ni. Aku tak tau la orang lain. Tapi untuk aku, memang tak sesuai apatah lagi umur pun dah lanjut. Apatah lagi , arwah ayah aku ada penyakit diabetis. Yer, boleh diwarisi. 

Aku ubah gaya hidup. Takda masalah. Aku boleh minum teh kosong... kopi kosong. Apa saja tanpa gula ! Tapi aku ada masalah baru. Wife aku lak tak leh nak buat macam aku.. mendadak ! Walaupun dia bukanlah peminat kemanisan (kecuali aku yang manis ) , tapi kopi dan teh ni, dia kena ada gula skit. Aku tak leh ada gula langsung ! Jika ada gula , aku akan minum berkali kali ! Tak reti nak henti. Maka sebaiknya, aku elakkan terus. 

Tapi sesekali nak gak rasa manis kan ? Takkan nak buang terus. Huhuh.. Camana tu ? Sian gak kat wife. Anak anak lagi la. Hahaha.. Bila keluar , baru rasa minum manis. Solusi aku ? Ada kawan rekemen Stevia Gold ! Kenapa Stevia Gold ??? 

Bila aku baca... banyak kelebihan rupanya Stevia Gold ni ! 





Ok... tergoda ! Beli terus kat Shopee ! Senang. Tak cerita banyak. Cepat sampai. Dan boleh dipercayai. Halal dan produk tempatan. Sekarang , aku boleh minum manis dan pada masa yang sama jaga badan dan kesihatan. Tapi aku bukan jenis nak cepat percaya gitu gitu jer.. 

Aku google pasal Stevia ni.. Dan jumpa jawapan di satu laman web yang biasanya aku jadikan rujukan bab bab kesihatan ni.. sila baca di Hello Doktor

Apakah itu Stevia?

Stevia datang daripada tumbuhan stevia rebaudiana (Bertoni), sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan. Stevia rebaudiana mengandungi satu komponen yang bernama rebaudioside A. Inilah komponen dalam daun stevia yang memberikannya rasa yang manis!

Antara kebaikan stevia ialah potensinya sebagai alternatif kepada gula. Tumbuhan ini dikatakan adalah 200 hingga 400 kali ganda lebih manis daripada gula! Walaupun stevia mungkin baru bagi rakyat Malaysia, namun rakyat Paraguay dan Brazil sudah lama menggunakan daun stevia ini sebagai pemanis makanan mereka.

Selain itu, antara manfaat stevia ialah sebagai ubat tradisional untuk mengubat luka terbakar, kolik, masalah sakit perut dan kadangkala sebagai alatan kontraseptif
.

Kebaikan Stevia

300 kali ganda lebih manis daripada gula namun tidak memberikan apa-apa kesan sampingan kepada kandungan gula dalam darah, jadi tumbuhan ini mungkin dianggap ajaib bagi sesetengah pihak.Tambah lagi, stevia mempunyai 0 kalori! Wow, berita baik untuk individu yang ingin menguruskan badan!

Jika gula digantikan dengan stevia dalam minuman atau makanan, memang benar tumbuhan ini mampu mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengawal berat badan. Orang Jepun pula sudah lama menggantikan gula dengan stevia setelah negara tersebut mengharamkan pemanis tiruan dalam makanan 40 tahun lalu.

Namun, jangan terlampau taksub pula dengan tumbuhan ini! Kajian yang dilakukan terhadap kebaikan stevia masih lagi sedikit. Masih banyak lagi yang pakar belum tahu tentang stevia.

Selain itu, kesan jangka panjang pengambilan stevia juga masih belum diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak mengambil terlalu banyak stevia setiap hari. Ingatlah untuk sentiasa bersederhana dalam apa juga amalan anda ya!

Bagi mereka yang ada penyakit dan was was untuk guna, boleh rujuk doktor korang  dulu yer.. 



Dapatkan Stevia Gold di Shopee atau boleh terus whatsapp ke : 


You May Also Like

5 comments

  1. Dulu pernah guna Stevia ni. Guna yang titis tu. Nak minum titisan dalam air. Alhamdulillah ok. Tapi tulah nak istiqamah mencabar. In sya Allah nak mula semula la.

    BalasPadam
  2. betul. dulu suka minum tealive. hari2 kalau boleh nak cari tealive. makin tua ni, cari air kosong sejuk je.

    BalasPadam
  3. tq Aben share, yes sebenarnya mmg tak bagus. UN ni makan nasi mmg tak minum air manis, tapiii... pagi2 dah cari nescafe susu. But now after sakit2, i slow down nescafe etc. yes.. for few days give me effects. Badan ringan dan kemmpis sikit, but for sure nak maintain kena kuatkan jiwa.. ouch! harap bertahan!

    BalasPadam
  4. gula memnag tak elok untk kesihatan, so better kurangkan pengambilannya, better minum air kosong jer

    BalasPadam
  5. Selalu juga dengar stevia ni. Baru terasa curious nak tahu lepas terbaca post ini.

    BalasPadam