Umur 18 hingga 45 tahun saja !

by - Sabtu, Februari 26, 2022


Bila orang tua kita kata , mereka makan garam dulu.. percayalah kata kata mereka. Sesungguhnya mereka bercakap melalui pengalaman mereka. Kita yang muda ni, mungkin lebih pandai dan berpendidikan dari mereka tapi dari satu sudut, kita tak mampu lawan mereka iaitu pengalaman kehidupan.  

Berbelas tahun dalam dunia media sosial.. pendapatan hingga dikenakan cukai berbanding ketika aku makan gaji dulu, tak layak bayar pun. Tapi sampai satu tahap.. aku pun dah tak layak bayar cukai ! Apa dah berlaku ? Perubahan zaman. Serupa Nokia dulu jadi sebutan kini, Nokia pun dah tinggal nama. Nak kembali bersaing, bukan mudah. 

Aku ternampak satu posting seorang rakan yang mencari pekerja. Hurm... kategori umur aku pandang. Hurm.. ternyata umur memainkan peranan. Satu tika dulu, Mereka yang ada kerja tetap dan di sektor yang 'selamat' , boleh tarik nafas lega. Yang kerja hanya menanti masa untuk ditamatkan perkhidmatan ? Bagaimana pula ? 

Cara selamat ialah.. sediakan sampan kecil di sisi kita ! Walaupun kita ada bot laju , tapi sampan amatlah penting andai berlaku kecemasan. Dalam keadaan dunia yang tak tentu masa hadapan.. anak anak di sisi sedang membesar turut terkesan.. bagaimanakah masa depan mereka nanti ?? Pastinya membuatkan jantung berdegup laju ! 

Apakah solusi ?? Sebelum hilang keupayaan diri... sediakan perahu ! Samada untuk diri sendiri.. atau untuk keluarga tersayang. Masa hadapan , sangat mencabar ! 

You May Also Like

0 comments