Nafas berbau ? Boleh pitam kalau bercakap !

by - Rabu, Februari 02, 2022

Alhamdulillah.. nafas aku tak berbau dah sekarang ni ! Kalau tidak, pergh ! Tu nasib baik pakai face mask. Tapi masalahnya... orang lain tak bau dah ! Kita bau mulut kita sendiri. Hahaha.. Boleh pening wooo bau mulut sendiri. 

Camana aku boleh hilangkan bau mulut ni ? Aku tak ikut mana mana petua pun. Macam korang tau.. aku cuma jaga pemakanan. Bau mulut ni banyak berpunca dari pemakanan harian kita. Contohnya Qhaliff.. sebelum ni dia punya bau mulut ketika bercakap.. aduh ! Aku memang tutup mulut ! Dah suruh gosok gigi.. berkumur tapi bau tu masih ada. Bukan dari mulut saja tapi pernafasan pun ada. Tapi selepas dia berhenti makan ayam goreng mamak, bau mulut tu takda dah ! 

Tiada bau

Amalkan.. 

Jauhi...

Begitu juga aku ! Maka aku beranggapan, bau mulut ni datangnya dari MINYAK ! Aku punya kes camana lak ? Aku jaga pemakanan aku. Makanan berminyak ni, aku kurangkan seboleh bolehnya. Aku hanya makan masakan yang wife aku masak jer. Sebab aku tau dia guna minyak apa dan camana dia masak. Kalau nak makan kat luar tu, kena jaga jaga la apa yang aku nak order ! 

Bayangkan aku yang workout di gym gunakan face mask ! Pergh.. sebelum aku tukar diet pemakanan aku, memang aku boleh pening gak ! Tapi sekarang.. tak de dah ! Cuma face mask aku tu dilembapi dek peluh je. Hahahaha.. 

Dan satu lagi.. punca bau nafas aku pulih ialah.. aku makan oats pagi dan malam. Tapi nak kata punca dari oats pun tak gak sebab aku perasan wife aku pun gitu gak. Dia punya pernafasan pun dah ok. Sebelum ni , pagi pagi ada bau gak..

Selain tu.. jus buah sayur yang aku buat pun memainkan peranan gak. Memang berkesan. Dan terasa lebih segar begini. Bila pakai face mask , terasa ok je walaupun ketika bercakap dengan orang ! 

Aku ulangi.. elakkan makanan berminyak seboleh mungkin. Banyakkan makan sayuran hijau dan buah. Kurangkan minuman bergula. Oats bagus untuk diamalkan. 

Cubalah.. 

You May Also Like

1 comments

  1. Setuju, oats tu mmg selalu ada dalam stok. Ganding dengan susu HL, kami baru amal dekat 11 bulan. Memula nak buat susah, lama-lama ehhh tgn automatik amik oat kt pasaraya... terbaik ben!

    BalasPadam