Kembali cergas !

by - Khamis, Februari 17, 2022

Alhamdulillah.. dah cergas 100% ! Kelmarin terasa cam sebu je badan. Nak kena berpeluh baru rasa lega. Lepas berpeluh tu, kena rehat cukup. Jangan tidur lewat. Dan pastikan makan makanan berkhasiat. Banyak banyak!  Nak recovery tuu.. 

Bukan Covid 19 tau. Hahaha.. 3 kali aku check.. Semua ok. Tiada selsema mahupun sakit tekak. Demam tu pun bukan demam.. cuma sejuk badan gitu. Terkena titisan hujan di subuh hari ! Pastu tak mandi lak. Memang mengeletar la jawabnya. 

Insaf.. hahaha.. lepas ni tak berani nak berlari dah lepas subuh. Kalau nak buat gak, kena pakai hoodies atau topi. Bukan sebab usia tapi rasanya dari dulu macam tu kot. Kalau kena hujan, cepat cepat mandi melainkan hujan tu dah memang lebat... kena biar lencun terus. Haa..pastu jangan kasi kena angin bertiup ! Haa..naya pastu ! Memang akan demam.  

Dah segar.. aku kembali ke rutin harian aku. Tapi aku belum berani ke gym buat masa ni. Kes tinggi sangat. Aku risau anak anak di rumah yang belum divaksinkan tu. Nak antar gi vaksin pun , lom ada keyakinan. Tapi memang akan hantar gak. Tunggu sebulan lepas edisi pertama selesai. Tengok apa cerita dulu anak anak first edition yang dicucuk tu.. Harap semua ok la.. Setakat ni, ok je. Alhamdulillah.



Alhamdulillah.. berat pun dah turun 2 kg. Terasa kurus lak. Hahaha.. Cam tak kena ngan jiwa. Hahaha.. Baju longgar. Tak feel lak bila pakai baju. Heeee.. Nak kena ketat dan sendat semulakah ? Takda masalah tu. Aku cuma perlu tahu apa kena makan.. Telur ayam 10 biji sehari dan ayam seekor seminggu, confirm sado balik ! 

Tapi buat masa ni.. rasanya hingga lepas Aidilfitri , aku nak fokus pada lean kan badan je la. Nak sado sado pun.. bukan nak gi perang ! Heee.. Nak sado tu senang.. tapi nak maintain tu payah ! Kos banyak woiiiii... Masa satu hal lagi. Dalam usia aku sekarang ni, biarlah sihat dan smart.. ok dah. 

Maka aku fokus pada pengambilan makanan seimbang jer. Jus sayur+buah setiap pagi dan malam. Pastu sarapan pagi dan makan, oats dan whey protein. Pastu baru makan skit jika lapar. Memang nampak sangat perubahan pada perut. Dulu ada kawan asyik tegur.. perut tu besar walaupun badan nampak sado ! Rupanya... perlu jaga makan je. Selesai masalah. 

Sedikit pesanan.. Sejak dua menjak ni, aku nampak ramai kawan kawan di Facebook menasihati rakan rakan lain mengenai pentingnya penjagaan makanan dan juga kesihatan. Rajin rajin bersenam katanya. Mereka antara rakan rakan yang terpaksa dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan. Sedikit sebanyak , membuka mata aku betapa pentingnya penjagaan makanan. Nasib baik aku dah lama berhenti jadi KAKI MAKAN.. Aku cuma makan untuk hidup saja.. 



Dapatkan makanan tambahan di https://nutritionpro.my  .
Pelbagai tips kesihatan di https://www.instagram.com/nutritionpro.my/

You May Also Like

1 comments