Boleh ke jadikan anak anak hamba ?

by - Selasa, Februari 08, 2022


" Qhaliff... tolong... "

" Aaarizzzzz.. tolongg daddy jap ! "

"Aaraaaa.. sini sat. Tolong letak ni kat dapur.. "

Dalam 3 orang ni.. yang suka menjawab, sorang jer.. " Kenapa Aariz lak kena buat ? Aariz kan kecik lagi ? " 

Amboiii ..sedap je jawapan dia. Nak lagi best , bila aku suruh diorang buat itu ini.. wife menjeling kat aku. Tau apa maksud dia. Tapi aku biar jer. Aku teruskan dengan 'arahan' aku. Diorang buat jer. Kalau tak buat ,, memang dengar la suara Hulk terbit dari kerongkong aku ! 

Aku bagitau dia... 

" Tak nak diorang jadi macam abang. ". Bukanlah aku ni tak tolong mak aku tapi jenis liat nak buat kerja rumah. Dok abiskan masa dengan bermain dengan kawan kawan jer. Bila dah besar, nak buat kerja rumah.. jadi liat skit. Nasib baik dapat isteri yang penyabar. Hahaha.. 

Maka sebab itulah aku kerap kasi arahan terutama pada Qhaliff. Dia pernah persoalkan juga kenapa dia je kena buat ? Dan jawapan aku ialah.. 

" Nanti daddy dah takda... Qhaliff jadi ketua keluarga ! Qhaliff kena jaga ibu.. kena jaga adik adik. Qhaliff kena rajin dari sekarang. Kena tau macam macam benda. Kalau Qhaliff tak belajar dari sekarang , nanti camana ? "

Hurm... Alhamdulillah.. Qhaliff takda masalah. Zahra pun. Aariz dalam proses pembelajaran. Walaupun dia ada bunyi gak.. tapi dia tetap buat selepas dapat jawapan yang dia nak dengar ! Hahaha.. Tak kisah la. Yang penting, mereka belajar dari mak ayah. Jangan sampai orang kata... 

"Mak ayah tak ajar ke korang buat kerja rumah dulu ?? "


You May Also Like

2 comments

  1. Lentur dan latih daripada kecil. Tak rugi dan mudahnya satu masa nanti. Mudah diri sendiri, mudahkan pasangan dan keluarga. Sebab berlaku depan mata PC sendiri, dari kecil tak boleh dan tak mahu dilatih buat itu ini bila dah dewasa minta tolong langsung tidak dilayan..minat tu tak ada.

    BalasPadam
  2. Sama la mcm anak ida..ida pun tegas dgn anak2..sbb pengalamanan.xnk anak2 jadi malas pd masa akan dtg..smua bnda xpndai buat

    BalasPadam