Kiri kanan atas bawah , dah dijangkiti Covid 19 !
Keputusan RTK si isteri yang kali ke 3 dalam minggu ni. Tujuan buat ? Minggu ni dia selsema. Tapi punca tu tau dari mana. Sebelum dia selsema, Aariz yang terlebih dahulu dijangkiti. Dari mana Aariz dapat ? Kena hujan. Ada aku cerita dalam entri yang lepas.
Dalam minggu ni juga, di pejabat tempat wife aku bekerja ni , boleh dikatakan pegawai dan juga kaki tangan di sekeliling dia dah dijangkiti virus Covid 19. Syukur pada Allah, mereka sekadar mendapat gejala kecil saja seperti selsema, sakit tekak dan juga demam. Syukur juga mereka dah disuntik vaksin.
Aku pula sudah 3 minggu tidak gi gym. Bersenam di kawasan rumah jer. Kenapa ? Sekarang ni... dah tak tau sapa sihat sapa tidak ! Tapi pastinya yang gi gym ni.. orang mestilah kena sihat kan ? Tak sihat.. baik rehat kat rumah jer. Cuma yang merisaukan aku ialah.. pekerja di gym tu jer. Sudahlah memasing buka face mask ditanggalkan ketika bersenam. Maka potensi untuk jangkit menjangkiti tu amat tinggi.
Cuti sekolah dah pun bermula. Ni pun merisaukan aku gak. Bermakna selepas ni anak anak akan naik kelas. Aariz pun akan masuk pra sekolah. Sudahlah dia tak ke tadika masa dia berusia 5 tahun. Kesian dia. Tak sempat bergaul dengan rakan rakan seusia. Huhuh..
Mereka perlu amik vaksin. Walaupun tidak wajib , tapi mereka perlukan perlindungan diri. Apa ? Amalkan makanan sunnah ? Hurm... Bukannya aku tak beri pun. Kasi je makan makanan yang berkhasiat tapi takkan kita nak amik risiko kan ? Nak biarkan mereka begitu saja di sekolah nanti.
Ramai dah kawan kawan di Facebook, menvaksinkan anak anak mereka. Anak anak aku pun memang dari kecik dah amik vaksin ni... cuma yang ni aku sedikit cam belum ada keyakinan. Tapi dengan keadaan sekarang ni.. apakah pilihan yang ada ? Takkan nak sorok mereka di belakang aku sampai bila bila ?
Hurm...pening.
0 comments