Test kit Covid 19 kehabisan stok di Malaysia ?

by - Sabtu, Februari 26, 2022




Sehari , lebih 200 ribu buat test Covid 19. Itu yang secara rasmi dimaklumkan pada MySejahtera. Yang tak maklumkan, berapa banyak lak ? Aku sendiri pun kalau buat, memang tak maklumkan. Kalau negatif la. Setakat ni, Alhamdulillah... negatif. Sekali buat , 2 orang. Aku dan isteri. Stok simpan , memang ada la dalam 10 gitu. Tapi semua dah abis ! 

Semalam , aku gi cari kat Mr.DIY. Memang takda bayang dah atas kaunter pembayaran tu. Biasanya memang banyak je ada tapi dengan kes mencanak sekarang ni, jangan mimpi la nak dapat dah. Nak tunggu stok masuk , entah bila. 

Bukan test kit jer khabarnya. Ubat ubat untuk rawatan Covid 10 seperti ActiveFast , Panadol, Cold Away.. memang takda stok katanya. Kalau Paracetemol tu ada la. Tu pun jenuh kena pusing sana sini. Hurm.. bagi yang dah awal awal buat persediaan tu, Alhamdulillah... boleh bertenang.

Sebelum ni, di Australia. Test Covid 19 jadi rebutan rakyatnya. Tapi kes dah mula menurun di sana. Dan di Malaysia , rasanya dah di kemuncak. InshaAllah akan turun dalam seminggu dua ni tapi.. haa ! ada tapi.. cuti sekolah dah bermula dan tak lama lagi akan ada PRN Johor. Apakah kes akan mencanak naik semula atau berjaya diturunkan ? 

Penat ! Serius penat. Bila tengok ramai orang yang degil tak nak ikut SOP ni, aku jadi cam... nak marah kang, risau jadi kes polis. Buat bodoh , kita gak jadi mangsa nanti. Jenis bengap tak reti nak ikut SOP ni ramai. Dia rasa cukup kebal.. Dah tu camana ?

Bila kes dah turun nanti... silalah belajar buat persediaan untuk hari mendatang yer. 

You May Also Like

0 comments