Kedai cermin mata murah dan cepat di Kuala Lumpur ?

by - Khamis, Februari 24, 2022

Aku tahu.. zaman ni , makin ramai ada masalah mata. Aku sendiri pun dapat pelbagai pertanyaan mengenai cermin mata ni. Aku dah pakai cermin mata sejak dari umur 7 tahun lagi. Gara gara membaca buku dalam gelap ! Sekarang.. anak anak kita lak , terpaksa belajar mengadap skrin gajet. Belajar dan bermain ! 

Kos nak buat cermin mata.. fuh ! Aku tahu.. korang pun tahu ! Jika ada duit, ok la. Jika duit pun cukup cukup je ? Camana ? Tak lama lagi , anak anak dah naik kelas. Andai ada yang bermasalah dengan mata, pasti dalam kelas nanti tak dapat beri tumpuan dan akan kerap sakit kepala. 

Dah tu camana ? Ada banyak kedai cermin mata di Malaysia ni ! Tapi yang mana bagus ??? Semua bagus ! Tapi persoalannya.. yang mana boleh dibawa berbincang dan paling penting , harga pun boleh ikut kemampuan kita. Aku pernah beli spek... cerita punya cerita , beribu ribu ! Pakai... tak sampai beberapa bulan sebab bingkai bermasalah. Boleh repair tapi kena tunggu spare part. Nak tunggu, lama lak tu. Dah tu camana ? 

Sebab tu aku nasihatkan kawan kawan aku, tukar je spek 2 tahun sekali jika takda duit. Amik yang biasa biasa jer janji tahan lasak dan cerminnya bagus. Nak yang berkualiti punya kanta, kena keluar la duit lebih skit. Macam aku.. aku biasa biasa punya. Tahun depan , tukar lain.

Dan paling penting.. bila buat spek tu tak perlu tunggu lama ! Haa.. cepat siap kan ? Bergantung pada kanta tu. Jika nak jauh dekat , anti silau dan tukar gelap.. yang ni kena bincang dengan mereka dulu. Tapi pastinya tak lama pun kalau kena tunggu. 

Kat mana ???? Pernah gi Sungei Wang Plaza ? Kat sini ada banyak kedai kan ? Mana yang bagus ?? Haa... aku syorkan korang terus ke Eyes Vision Group. Kenapa ? Sebabnya... ikut bajet korang ! Cepat siap.. murah dan paling penting , jika ada masalah, boleh bagitau mereka semula.. nanti diorang akan uruskan part tu. Yang ni penting ! Ada yang gagal woooo ! Malas nak amik tau gitu. 

Lokasi : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur









 

You May Also Like

1 comments

  1. Terbaik.la...kalau servis bagus..harga pun berpatutan bagus la buat cermin mata kat sini

    BalasPadam