Awas ! Page SANTAI BEN ASHAARI telah dicuri !!

by - Isnin, Februari 21, 2022

Dalam dua minggu lepas , page Santai Ben Ashaari ni dah dapat lebih 45 juta views. Followers pun naik sehingga 10 ribu dalam masa yang singkat. Aku pun tak sangka sebenarnya sebab page ni macam hidup segan mati tak mahu jer. Aku pun malas nak up kan engagement. Bila dah naik, akan ada yang tertarik. Bukan kali pertama dirampas. Pernah sekali dulu tapi dipulangkan semula. 

Ceritanya ? Aku terima satu email mengenai satu tawaran pengiklanan. Macam biasa la.. memang aku teliti betul betul. Hati berat suruh tolak tapi aku degil ! Kawan kawan pun dah nasihat tapi aku rasa cam.. hurm. Dek kerana bengapnya aku tu, page ni tergadai ! Aku rasa betul sebab aku pernah buat sebelum ni dan ianya dibayar pun. Huhu.. Maka si celaka celaka ni , guna konsep yang sama. 

Kesannya ? Seperti yang aku risaukan... si perampas post gambar bukan bukan di FB Story. Semua video dan posting aku dari tahun ini hingga 2020 di delete. Hurm... Sedih ? Tak pe la. Bukan rezeki aku. Setiap orang ada ujian dia. Yang aku risaukan ialah salah guna page tu. 

Maka sebab itu aku berharap rakan rakan yang baca blog aku ni , bantu buat report ke Facebook dengan harapan Facebook akan delete page ni. Barulah aku rasa lega. Caranya ? Memula gi ke page SANTAI BEN ASHAARIKlik tiga titik tu kemudian korang boleh pilih Nudity or Sexual Content , Scams atau Harresment.





 

You May Also Like

2 comments