Komitmen selepas berkahwin berbeza ketika bercinta !

by - Selasa, Mac 15, 2022

Nampak ada orang post satu video di Facebook.. mengenai seorang isteri ni gi rendam Playstation sang suami dalam bathtub dek kerana geram sangat pada dia ! Dia geram sebab sang suami tu abiskan duit beli menda alah tu dan main game sedangkan dia... haaa !

Aku baca komen.. katanya cerita ni ada kat Netflix ! Tajuk dia Familiar Wife. Alaa.... boringnya nak tengok cerita macam ni. Aku punya life pun dah macam tu lagi nak tengok life orang ! Hahahaha.. Maksud aku... life yang ada wife dan anak la.. 

Tapi ! 

Aku berubah fikiran selepas ternampak satu part ni ! Haaa.. Apakah ? Part di mana dia berpeluang mengubah kehidupannya yang lepas ! Maksudnya , dia boleh pergi ke masa lampau dan mengubahnya. Woww ! Best ni ! Hahahaa.. Camana dia boleh ke sana dan apakah kehidupan dia yang bakal dia lalui selepas mengubah mengikut apa yang dia inginkan ? Huhuhu... 


Aku tengok dah beberapa episod. Wife aku pesan jangan tengok tanpa dia. Aku tak tengok pun. Aku tertonton jer. Aku pasang kat tv dan biarkan je. Pastu aku tertonton laa.. Haaa ! Gitulah. Dan cerita ni banyak kebenaranya ! Sejujurnya aku kata.. mereka yang dah berkawin kena tengok la cerita ni. Ada part part yang membuatkan kita tertanya tanya dan mengiyakan. Huhuh.. 

Contohnya ? Hurm.. part masa bercinta, korang nampak pasangan korang asyik tersenyum jer. Tapi bila dah kawin, payah betul nak tengok dia tersenyum. Komitmen selepas berkahwin sangat berbeza berbanding ketika bercinta. Masa bercinta, kita boleh sorok macam macam... kewangan , masalah peribadi , masalah kerja dan sebagainya. Tapi dah kawin, benda benda gini , semua dibawa pulang ke rumah. Nak kawal bukan mudah. Dan akhirnya sapa jadi mangsa ? 


Wife aku ada tanya.. selepas tengok 2 episod.. Andai kata aku boleh ulang masa, apa yang aku nak ulang ? Aku jawab.. aku tak nak ulang masa. Allah dah tentukan jalan hidup aku yang DIA kehendaki. Apa yang aku lalui sekarang ini, ujian untuk aku. Aku cuma perlu berdoa dan minta diberikan yang terbaik untuk aku dan keluarga. 

Jika aku mengubahnya, apakah jalan ceritanya akan lebih baik atau kita akan lebih menyesal ? Apa yang kita patut buat ialah.. ubah apa yang ada di depan kita. Contohnya , masa dengan anak anak.. Banyakkan senyum dan paling penting , komunikasi dua hala perlu ada. Jangan pendam dalam hati ! 

You May Also Like

0 comments