Bila perut kembung kerana angin ! Salah makankah ?

by - Khamis, Mac 31, 2022

Bila dah berumur ni , baru faham camana rasa bila perut kembung. Dulu masa remaja , tak ambil kisah semua ni. Bila kata makanan ni tak sesuai dengan kita.. berangin, kita tak amik pedulik ! Janji kenyang.. janji sedap ! Tu yang nak kita tau. Dan paling penting , tak nak amik tau makanan mana yang bagus untuk buang angin. 

Sekali bila kena serang dek angin dalam perut tu.. dia punya bisa ! Abis menyengat satu badan. Paling tak tahan bila dah naik ke kepala. Kena urut baru lega ! Takat makan ubat tahan sakit tu, kejap je la hilangnya ! 

Sekarang dah tahu camana rasa arwah ayah rasa dulu. Memang dia selalu je pesan bab angin ni. Jangan main main. Aku sengih je la. Dah kena , baru hilang sengih tu. Haaa... Walaupun aku rajin ke gym , rajin main bola.. rajin jogging tapi rajin gak kena angin ni ! Apakah puncanya ? 

Camana nak hilangkan angin dalam badan ni ? Pertama sekali.. tukar gaya hidup ! Pastikan makan pada masanya. Bukan melantak yer. Haa.. makan skit skit tapi kerap. Makan makanan berkhasiat. Minum tu , elak la yang manis manis. Carilah minuman yang berherba. Bagus untuk kasi badan panas dan mampu turunkan asid dalam perut tu. 

Kedua , rehat mesti cukup. Tidur awal waktu. Bukan atas 12 malam baru nak tidur. Nak layan tv bagai.. nak tengok gossip terkini tiap malam di media sosial ! Noooo ! Tutup semua tu dan tidur. Benda benda ni adalah punca penyakit di masa hadapan. 

Ketiga..banyakkan bersenam. Kalau malas sekali pun , gi je berjalan sana sini setiap pagi atau petang. Kemas rumah tu bukan bersenam bagi aku melainkan korang kemas rumah tanpa bebel dan penuh senyuman. Kalau mampu berikan ketenangan ketika mengemas rumah tu.. ok , tu bagus la. Tapi aku yakin...takkan mampu buat gitu je. Mesti penuh bebelan gitu. Dan kepala otak stress dok memikirkan pelbagai perkara. Bersenam adalah untuk merehatkan diri walaupun fizikal bekerja. Heee.. 

Kes aku... aku memang kena jaga makan. Kalau salah skit jer , memang akan kembung. Apa yang aku buat ? Setiap pagi memang aku akan minum air suam panas dicampur serbuk halia. Kemudian aku brisk walk dalam setengah jam. Balik tu baru makan. Kalau makan , aku amik oats dicampur susu dan protein MMX Isolean. Isolean ni bukan untuk sadokan badan tapi untuk pastikan badan dapat protein secukupnya. Aku tak nak kurus kering. Heee.. Protein penting untuk otot . Otot penting untuk lindungi tulang dari kecederaan. 

Alhamdulillah... sekarang ni aku jarang dah nak masuk angin kecuali lewat makan dan makan makanan yang dah sejuk, dipanaskan semula ! Ini aku kena berhati hati. Sama kes macam arwah ayah. Dia pun tak leh. Kalau makan gak , siap la pastu ! 

Untuk bulan Ramadan ni, aku dah plan perancangan pemakanan aku. Kena jaga makan. Tamo pergi bazaar Ramadan dan makan besar di bulan mulia ni. Kena hati hati. Sahur aku , sama macam menu di bawah tapi ditambah sedikit karbo untuk pastikan tenaga cukup. Sebab nak urus anak anak sekolah kan... kena ambil antar gitu. Cuaca panas ! Huhuh.. 

Ok.. MMX Isolean ni korang boleh dapatkan di https://nutritionpro.my/ . Kat situ macam macam makanan tambahan kesihatan ada dijual. InshaAllah membantu korang yang kaki bersenam. Kalau rasa badan tu susah nak kurus,  carilah fat burner kat situ. Fat burner ni bukan kasi kurus tanpa bersenam.. ianya membantu meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu pembakaran lemak..ketika bersenam ! 

Harap bermanfaat...



 

You May Also Like

0 comments