Wanita bersalin cara czer kena hati hati katanya !
Hurm.. bila aku cerita pada rakan rakan mengenai apa yang berlaku pada wife aku , mereka turut berkongsi pengalaman.. yang sama ! Segala gejala sama jer. Bermula dari lewat makan walaupun di siang hari seterusnya menangkap di pinggang ! Jika dah mula dari pinggang.. memang parah la jawabnya pastu.
Ni kali ketiga berlaku pada wife. Gaya hidup yang kurang sihat pun ya gak. Kuat minum kopi susu yang dibeli kat kedai antara yang aku syak jadi punca. Pastu jarang nak bersenam walaupun dah puas bebel. Penat kerja kataya. Sekali seminggu je dah. Ditambah lagi dengan stress. Makan tak teratur. Tunggu lapar sangat baru nak makan. Tu konsep yang salah bagi aku. Jangan kasi asid naik wooo ! Pastu bila makan , elakkan makanan yang mampu menaikkan asid tu lagi. Contohnya makanan pedas gitu. Kena cari buah dulu atau makan ulam ulaman je dulu. Elakkan dicicah sambal.
Baru baru ni aku duduk berbual (mengikut SOP ) dengan kawan aku. Dari situ aku baru faham. Solusinya ialah kena berpantang macam wanita baru bersalin. Jaga makan , kena mengurut betulkan rahim dan buang angin. Pastu tidur malam pun tak leh sejuk. Kena pakai baju tebal skit. Kasi berpeluh.
" Ooo.. patutlah wife masa di hospital baru ni, dia diletakkan dalam bilik isolasi tu, Bilik tu memang panas la. Berpeluh peluh dia dalam tu tapi katanya badan terasa sangat selesa dan sedap. " kata aku.
Ada kawan mesej aku di Facebook. Katanya dia dulu pun macam tu. Apa yang dia buat ialah pergi buat bekam sunnah. Bekam darah dan bekam angin. Aku tanya dia kat mana yang ada untuk orang perempuan. Dia pun kasi lokasi.. Dekat je ngan rumah aku. Terus aku call dan booking. Cuba dulu mana yang boleh untuk melegakan kesakitan.
Dan satu lagi punca ialah obesiti ! Bila dah melahirkan anak ni terutama yang czer ni, potensi nak obes tu memang tinggi. Bukanlah mereka nak pun tapi itulah... pelbagai alasan logik diberikan dan kesannya , lemak naik berganda di bahagian perut.
Apa pun... jika penyakit tu datang.. dapatkan rawatan dan pandangan doktor pakar.
Ubah gaya hidup... jaga makan.. bersenam.. tidur cukup.. jangan stress.. nikmati kehidupan. Gi makan angin sesekali..dan jangan simpan angin tu !
0 comments