3 hari keletihan !

by - April 02, 2022

Rabu... 

Wife dah mula recover dari sakit anginnya. Alhamdulillah. Tapi masih belum pulih tenaganya 100%.  Dah mula kena gi kerja. Cuti seminggu, terbaring je kat rumah tak boleh buat apa apa. Dah sihat, kena kerja pula. Begitulah kehidupan. Sebab tu bila kita sihat, kena jaga dan manfaatkan cuti yang ada. Gi bercuti ! Huhuh.. 

Dia nak gi kerja.. aku tak benarkan dia memandu lagi. Maka akulah kena hantar dan jemput pulang. Bersama anak anak ! Awal pagi lagi semua dah dikerah bangun bersiap. Saja aku buat gitu sebab minggu depan mereka semua baru nak mulakan persekolahan. Liat nak bangun ? Tak.. ada teknik dia. Sejam sebelum nak bangun tu, matikan semua kipas mahupun aircond.  Jadi bilik dah mula suam suam panas. Diorang pun dah mula rasa kurang selesa untuk tidur. Nak kejut tidur time ni pun dah senang.. 

Selepas hantar wife , aku bawa mereka pusing Putrajaya. Brisk walk dan juga bermain di taman. Takda orang ! Clear ! Syokkkk gitu... Pastu gi layan McDonalds. Heeee.. best ! Merasa gak la. Kalau tidak.. asyik ramai je orang. 





 Begitulah seterusnya hingga Jumaat. Penat ? Penat bang... Tapi tak pe.. asalkan sang isteri kembali sembuh...tu yang penting. Anak anak pun tahu bagaimana susahnya kepayahan tapi dilakukan demi kasih sayang. Diorang takda nak membantah pun. Lagi suka ada la. Dari duduk rumah.. dapat gak jalan jalan.. 

You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah! Isteri Ben dah sembuh seperti sediakala. Syukur

    BalasPadam