Dipermudahkan urusan aku..

by - April 06, 2022

" Daddy.. bila nak pergi sekolah lagi ! Aariz suka la gi sekolah.. Tadi Aariz belajar gunting." kata dia ketika aku gi jemput dia di sekolah. Tahu dah aku. Awal awal nak pergi tu je dia susah sikit. Macam nak gunting rambut dia. Kena sorang jadi contoh.. baru dia nak gunting rambut. Pastu masa gunting tu siap pesan pada si tukang gunting.. " Jangan gunting telinga saya tau.. ". Adeh... Gelak je la. Rupanya takut telinga dia digunting ! 

"Esok kita gi lagi sekolah " kata aku. 

" Tak nak... nak gi sekarang jugak ! Suka la gi sekolah.. " jawab dia.

" Tadi makan apa di sekolah ? Cikgu masak apa ? " tanya aku untuk alih perhatian dia.

" Hurm.. mee goreng je. Panas. Aariz tak makan pun. "

" Eh.. Panas ke pedas ? " tanya aku semula. Dia memang tak makan pedas. Aku pun malas nak ajar makan pedas pedas kat anak anak aku ni. Kecil lagi nak ajar makan macam tu. 

" Pedas.. " ringkas jawapan dari dia. 

Hurm.. mesti kelaparan. Dan di rumah , memang dia makan nasi kicap dengan ayam goreng bertambah. Nampak sangat tak makan. Satu lagi kes.. aku tau dia tak nak makan sebab takut nak buang air besar ! 

Alhamdulillah..  Hari pertama Aariz yang tak pernah pergi pra tadika ketika usia 5 tahun, sangat memudahkan aku. Malah ketika di pintu pagar pun dia tak menangis mahupun menitikkan air mata. Nampak sangat boring duduk rumah ngan daddy dia. Hahahaha.. Lagi pun 2 minggu sebelum sekolah bermula, aku dah brainwash dia. Hari hari cakap pasal sekolah. 




 Zahra ? Huhuh... Mek Aara ni , mudah dia. Pandai berdikari. Walaupun di tahun 1 sekejap je tapi dia selesa je ke sekolah. Walaupun 2 minggu ketinggalan dan tak tau di mana kelas dia.. dia boleh cari sendiri. Berkawan ? Sehari je takda kawan. Esoknya.. dah ada. Walaupun jenis muka keras cam bapak dia.. tapi dia ni mudah nak tarik orang berkawan dengan dia. 

Hahaha.. teringat masa dia di Tahun 1. Dia cerita kat aku yang ada segelintir kawan kawan kelas dia tak nak kawan ngan dia. Dia cakap.. dia tak kisah pun ! Ada je orang nak kawan ngan. 

" Tak nak kawan pun tak pe. Aara tak kisah. " 

Amboi.. kering betul minah ni. Hahaha. Seperkara yang menarik bab Zahra ni , ketika dia di tahun 5 dan 6.. dia tak kenal huruf sangat. Membaca langsung tak lancar. Aku ingatkan dia ni ada masalah bab ni rupanya tak. Nak ajar dia membaca, kena ada teknik dan berjaya ubah dia. English dan BM , dia boleh baca. Mengaji pun. Alhamdulillah.. 

Qhaliff Iman.. si sulung.. Sangat boleh diharap. Dia la yang dok hantar adik dia sampai ke kelas setiap pagi dan di waktu rehat.. dia akan turun gi tengok adik di kelas. Pastu akan melaporkan apa yang adik dia buat kelas ketika tu pada aku dan ibu dia. Hahahah.. Ok la kan ? 

3 hari sekolah.. setiap hari aku pesan.. " Jangan tanggalkan face mask ! Bila berbual dengan kawan , jangan dekat dekat ! " 

Gitulah.. Semoga Allah lindungi anak anak kita di sekolah. 

You May Also Like

2 comments

  1. Smoga smuanya dilindungi..anak2 mmg kena selalu ingatkan diorang

    BalasPadam
  2. Bagusnya Abg long dan kak ngah tgk-tgk kan adik aariz, besar dah semua, seronok tgk perkembangan anak2 ni sekejap je membesar. Aara tu betul2 tak nangis ye kawan xmo kawan, tu elok, ada aara kisah, ramai lagi circle positive nak kawan dengan aara tau. Good girl!

    BalasPadam