Bersedekah lebih mudah dengan aplikasi Sujood !
Pembangunan aplikasi Sujood ini berteraskan kepada firman Allah didalam surah Saba’ ayat 39 yang bermaksud; “…dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.” Kami di Sujood percaya komuniti muslim di Malaysia juga berpegang dengan keyakinan yang sama.
Dengan hadirnya Sujood, kami berharap agar usaha kecil ini mampu untuk membangkitkan semangat suka menderma dan bantu membantu didalam komuniti ini. Kami mendoakan agar kita semua dapat menjadi dalam kalangan mereka yang suka menderma dan mudah-mudahan usaha ini akan membawa masjid kita kembali bangkit menjadi satu institusi yang gah dan perkasa.
Aplikasi Sujood ini dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn Bhd. Kami boleh dihubungi melalui salam@sujood.net. "
0 comments