Jika pelitup muka tidak lagi diwajibkan...

by - April 26, 2022

Freedommmm !!! 

Yeargh.. aku tahu. Ramai nak jerit gitu ! Bebas dah tak perlu pakai pelitup muka. Ada yang rimas. Ada yang semput. Ada yang nak nampak gincunya. Ada yang nak nampak mulutnya. Atau hidungnya yang mancung. Dan sebagainya la. Atau paling tidak pun.. tak nak terlibat dengan sebarang konspirasi ! Huhuh.. 

Aku ? Hurm... Untuk pengetahuan, aku dah pakai pelitup muka ni sebelum pandemik lagi. Kenapa ??? Aku ada dua alasan. Pertama , asap rokok ! Rimas dengan asap rokok ni. Tu dulu la. Sekarang macam tak banyak dah tapi asap kenderaan pula jadi masalah. Semput aku nak bernafas. 

Yang kedua ? Heee.. Aku tak perlu nak risau bau mulut orang dah. Dan sejujurnya, sejak aku pakai face mask atau pelitup muka ni, payah dah aku nak dapat selsema berbanding sebelum ni. Begitu juga anak anak aku. Jika tidak , mereka kerap ke klinik. Kalau tak demam.. mesti selsema batuk punya ! Adanya SOP seperti face mask dan penjarakan fizikal, sedikit sebanyak menyelamatkan duit aku ! Bukan sedikit yer. Sekarang kos ke klinik dah berapa ! Huh.. 




Bagi aku.. pelitup muka ni sangat berkesan dari dijangkiti virus. Ada yang kata .. pakai pun kena ! Pakai on off memang la. Bila berbual, buka.. masuk kedai makan dengan kawan kawan , buka. Dalam pejabat buka.. Pastu sentuh sana sini , tak sanitize jari jemari tu. Bila berbual ,  takda penjarakan. Pastu nak salahkan face mask tak berfungsi. 

Kalau korang rasa gembira tak perlu pakai.. aku tidak sama sekali. Bila takda orang , baru aku buka. Bukannya nak pakai 24 jam. Bila ada orang je baru pakai. Tak kisah la orang tu sihat atau tidak.. aku lebih suka mengambil sikap berhati hati. Bukan takut mati tapi tak nak susahkan orang terutamanya keluarga ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Dah terbiasa pakai , kalo tak pakai mesti rasa sesuatu yg hilang hahahah

    BalasPadam