Akhirnya mereka ke sekolah juga !

by - April 04, 2022

Alhamdulillah... hari ni anak anak ke sekolah buat pertama kalinya dalam tahun 2022 ni. Lewat ? Segalanya dah dijelaskan dalam entri lepas. Yang merisaukan aku ialah Aariz je. Qhaliff ni dia dah besar. Boleh berdikari. Memang dah ajar dia berdikari secara senyap. Aariz ni.. aku risau dia tak nak masuk pagar sekolah jer.. Hahaha.. Maklumlah , dia tak pernah ke tadika masa tahun 5. Ni pertama kali. 

2 minggu aku brainwash dia pasal sekolah. Aku cakap kat dia kat sekolah nanti, Aariz berkawan ngan main je. Takda belajar pun. Hahaha.. Dia dah boleh membaca BM dan English. Menulis pun cuma tak la mahir sangat. Sekurangnya dia dah kenal huruf gitu la. Alhamdulillah.. Ok la kan. Wife kata cikgu kelas dia pun muda lagi. InshaAllah ok. 

Liat bangun pagi ? Mudah jer... Sejam sebelum diorang nak dikejutkan bangun tidur.. aku matikan semua kipas. Tutup tingkap kasi bilik tu suam jer. Diorang dah mula tak rasa selesa la untuk tidur. Masa ni la kejut dan suruh mandi terus. Hari pertama tu, memang susah la. Bila dah buat berhari hari tu.. memang ok la. 

Tugas aku untuk siapkan mereka. Mak diaorang part kelengkapan. Alhamdulillah.. Aariz tak buat karenah. Dia menurut jer. Lagi pun abang dia ada sama. InshaAllah dia berani. 



 Part menghantar dah selesai. Tapi rasanya untuk seminggu ni , kena rajin bagitau cikgu la kot. Risau dia tak cam lagi jalan ke kelas dia. Huhuh.. Rasanya , berair mata gak dia ni. Tapi tak teriak la kot. Heee.. InshaAllah..

Pengalaman bergelar bapa. Nanti semua ni akan jadi kenangan manis. 

You May Also Like

1 comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan anak2 ben selalu ya, bagus buat agihan tugas isteri dan suami bab urus anak, baru seimbang.

    BalasPadam