Aku cutikan mereka hari ni !

by - Khamis, April 07, 2022

Alhamdulillah.. 3 hari mereka bersekolah. Tapi hari ni, Khamis aku cutikan kesemuanya. Kenapa ?? Hurm.. Satu, kelas Aariz ada yang tak datang sebab demam. Jadi aku tak nak amik risiko. Lagi pun semalam, masa dia tidur, badan dia sedikit panas. Bukan demam tapi kepenatan. Sama spesis cam aku. Bila penat , badan panas skit. Suhu ok je. Tak cukup rehat tandanya tu. Pastu di sekolah pun semalam, dia ada isu panas ! Hahaha.. Sian dia. Makanan yang diberikan cikgu, ada pelajar lain amik. Dia tahan geram. Aku dah pesan pada dia jangan marah orang kat sekolah. Agaknya la tu. Dalam kereta baru dia menangis kegeraman. 


Yang kedua.. kakak dia dah mula selesa di kelas. Itu merisaukan aku sebenarnya. Bila dah selesa , risau bab SOP. Aku senantiasa tanya samada buka atau tidak face mask di kelas ? Katanya buka bila rasa tak boleh bernafas. Ok la tu. Ketika balik sekolah , tengok dia berjalan sama sama bff dia. Huhu.. Dan ada kawan mesra gitu. Dia kenalkan pada aku. Nama dia Dayana. Alhamdulillah.. tapi SOP kena jaga. Kata aku.. berbual tu jangan dekat dekat. Jawabnya dia tahu. Huhu.. 

Yang ketiga.. si abang.. hurm.. Sian dia. Dia ni kena buli je kat kelas. Dia tak nak balas. Katanya budak tu kecik je. Macam Aariz. Semalam, dia cerita budak tu kacau sanitize dia. Amik pastu lap lap kat badan. Aku tanya dia.. marah tak ? Tak. Cikgu marah budak tu. Aku tanya nape kawan ngan diorang ? Dia tak kawan pun. Dia kawan ngan orang lain. Diorang tu yang datang kat dia. Hurmm.. 

Maka sebab tu aku rehatkan diorang hari ni. Ditambah pun keluarga adik ipar positif. Maka aku dalam mode standby la. Jika mereka perlukan bantuan, aku boleh segera ke rumah mereka untuk berikan bantuan. 

Esok.. semua sekolah balik. 

You May Also Like

1 comments

  1. Dalam keadaan macam sekarang ni , 'mencutikan ' anak anak itu adalah pilihan bijak.Sebagai ibubapa kita taknak tanggung risiko.Maq pun akan buat benda serupa. Mujur anak2 dah kawen & dah nak habis belajar ..serah je semua kat mereka utk jaga diri hehe

    BalasPadam