1hb April 2022 , fasa peralihan endemik di Malaysia.

by - Rabu, Mac 09, 2022

Fasa yang dinanti nantikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Aku tahu, masih ada yang takut takut nak keluar rumah. Kalau harta dia melimpah ruah , ok la. Kalau macam aku ? Kais pagi esok pun belum tentu boleh makan, camana ? Ramai macam aku ni. Namun aku masih bersyukur pada Allah. Masih boleh bernafas. Yang tercungap cungap.. ramai ! Harap kerajaan benarkan pengeluaran i-Citra RM10K tu. Huhuh.. 

Apa yang aku harapkan pada endemik ni ialah tanggungjawab kita. Mematuhi SOP amatlah penting seperti pemakaian pelitup muka. Yela... korang ingat kes sekarang 1 atau 2 angka ke ? Tu yang bakal masuk dalam negara nanti camana lak ? Pelancong pelancong.. haaa ! Tak mustahil kes boleh menjadi beratus ribu selepas ni. Segalanya, sendiri kena pikul ! Silap sedikit , satu keluarga , kawan kawan akan jadi 'mangsa' pada virus tu. 





Dan kali ni, Ramadan akan disambut seperti dahulu tapi masih berbeza. Bersalaman , berpelukan kena elakkan selepas menunaikan solat. Bukan apa.. kita dah saksikan , tahun lepas apa jadi selepas solat Aidiladha. Tu korang boleh tanya sendiri la mereka yang dah laluinya tahun lepas. 

Harapnya , kita jangan amik mudah kali ni. Walaupun Omicron dikatakan tidak lagi merbahaya seperti Delta ,tapi post Covidnya.. hurm... 

Semoga Allah lindungi kita semua. 

 

You May Also Like

0 comments