Kenapa tidak hadiahkan ini buat ibu dan isteri korang ?

by - Rabu, Oktober 21, 2020

Setiap hari , wife balik rumah..kelihatan lesu. Alhamdulillah , dia tetap lakukan tugasan harian seperti biasa di rumah sebagai seorang ibu dan juga isteri. Dan sebelum tidur , dia mesti akan mintak aku urut betis dan tapak kakinya. Lenguh. Tu belum bahu dan lehernya. Punca ? Tekanan kerja ? Atau banyak bergerak di pejabat ? 

Sampailah ari tu, kakinya terseliuh. Dia cukup takut untuk berurut. Aku pegang kaki dia pun dah melompat.. ni kan pulak nak suruh orang urut ? Ada gak kena sepak kat situ ! Hahahaha... Tindakan spontan gitu.. 

Teringat sorang kawan aku ni.. dulu aku pernah buat fisio dengan dia. Memang bagus orangnya. Cukup berpengalaman dan berilmu. Bukan calang calang la. Banyak yang dia tau dan belajar. Dan Alhamdulillah, masalah lutut yang aku derita hampir setahun , hilang selepas dia buat fisio. 2 kali treatment jer.. ! Kalau tidak , nak berlari pun tak boleh. Kat gym, aku kena balut lutut aku dulu sebelum nak angkat besi. 

Puan Atikah dari The Rehab Physio , yang buat treatment dari rumah ke rumah .. dah aku buat booking! Saja nak suprise wife ! Walaupun dia takut , aku yakinkan dia. Hahahah.. Cuba dulu.. baru tau ! Kalau sakit , tak yah buat dah... Gitulah.  Tapi aku tau, kawan kawan yang dah buat fisio dengan Puan Atikah, sangat sangat berpuashati hingga booking untuk sesi seterusnya. 

Yup.. SOP kena jaga ! Dalam mencari rezeki, kita tetap jaga kita. Jangan main belasah jer ! Treatment dimulakan dengan wife aku dulu. Saja aku suruh dia buat dulu untuk dia tahu camana Puan Atikah punya penangan ! Hahahaha... 

Mula mula sesi interview. Tanya soalan dan kita perlu jujur menjawabnya. Jangan sembunyi apa apa kerana risau akan beri kesan sampingan jika kita sembunyikan. Contohnya jika pernah buat pembedahan , patah ke.. jangan cakap tak pernah ! Haa... bahaya tu ! 

Puan Atikah juga akan ajarkan buat regangan. Ini sebenarnya  yang menjadi masalah buat kita semua.  Mengadap komputer lama, duduk atas kerusi lama.. tidur lama... bangun bangun terus bergerak tanpa lakukan regangan. Terkejut otot badan kita weh ! Haaa.. 

Masalah pada wife aku ialah kaki. Dia jarang jarang sangat bersukan lepas bernikah. Sibuk sangat. Aku pun tak tau la apa yang dia sibuk sangat tapi memang kelihatan sibuk. Kekadang aku perhati gak depan rumah aku.. kot kot ada BMW atau Merchedes muncul secara tiba tiba.. Hasil dari kesibukan dia. Hahaha.. Gurau gurau..  Sibuk membantu aku mencari rezeki untuk keluarga. Huhu.. Sebab tu aku hadiahkan dia , hadiah tidak ternilai ini ! Haaa.. Apa guna kasi emas berlian tapi badan sakit sakit , kan? Hehehehe.. 

Ok sambung.. Aku minta Puan Atikah fokus pada bahagian leher dan bahu dia. Aku tau dia ketegangan di situ..  Dan memang dia menjerit walaupun Puan Atikah tekan tak kuat tapi tepat pada titik yang tegang tu. 






Lepas selesai wife , giliran aku lak. Aku pun masalah ni banyak. Satu badan. Dan aku tak boleh duduk lama di lantai atau sofa. Mesti akan sakit pinggang lepas tu. Masalah otot tegang di bahu, leher, belakang badan dan bahagian bawah badan ! Semuanya berkaitan. Hahahaha.. Dan dia buat.. pergh ! Giler menjerit aku. Tak bernafas tapi aku tak nak dia berhenti ! Hahaha.. Camana tu ? Bukan sakitnya tu macam sakit kena tumbuk ke apa tapi sakitnya cam.. sedap tapi sakit ! Haa..gitulah ! 

Dan bila selesai dia buat.. memang terasa laaa leganya. Kalau nak tau kesan lagi best.. tunggu sehari dua. Memang terasa ringan badan. 






Boleh henjut kaw kaw kat gym pasni ! Hahahaha.. Pastu kena cari Puan Atikah semula untuk kasi ok semula. Hahaha.. Well.. no pain , no gain la ! Oh ya, selain masalah otot cam aku ni... The Rehab Physio ni ada buat pelbagai lagi treatment seperti stroke , parkinson , ostreo apa tu.. ala.. teringat biskut oreo lak. Terus lapar ! Korang tengok sendiri la kat web dia tu. Semua dah lengkap. Kalau nak berminat , terus whatsapp dia. Jangan lak mesej nak beli rantai emas lak. Dia tak jual. 

Moga cerita aku ni dapat membantu korang yang memerlukan khidmat seperti aku buat tu. Bukan urutan Bali atau manja manja tau.. Ni kasi korang sihat dan mental korang kembali waras seperti sediakala. Yer , aku tau.. sakit badan ni boleh bikin kita stress dan mental kacau bilau ! Dan hadiahkanlah buat tersayang korang tu. Jangan tunggu sakit teruk baru nak buat... sian diorang. 

Info lanjut : 

Whatsapp : klik https://wa.link/ptyed4 ( 011-5553 2903 )

Baca juga kisah kawan aku ni yang dah mencuba :

Fisio di Rumah jer oleh Meliza dan Pengalaman buat fisio di rumah oleh YB. Shehan





 

You May Also Like

9 comments

  1. Syoknyaa, sakit2 urat dah jugak ni ahaha

    BalasPadam
  2. Bestnya kak zila pun dan buat rawatan tu. Kalaulah ada kat terengganu ni kan best

    BalasPadam
  3. Huishh macam best je.. Nanti lepas pkpb nak buat la..

    BalasPadam
  4. bagusnya ....memang sedap buat fisioteraoi ni dengan pakar siap datang rumah haaa...nantilah nak try jugak buat

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat buat fisio camni, datang rumah pulak tu!

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat buat fisio dengan pakar, dekat rumah sendiri pula tu..Mudah !

    BalasPadam
  7. the best lah pokoknya blognya, terima kasih sudah berbagi informasinya. Sukses selalu kak

    BalasPadam