Patutkah aktiviti sosial perlu diperketatkan di kawasan PKPB ?

by - Rabu, Oktober 21, 2020


Bila aku tengok undian tinggi bersetuju pada gambar di atas tu , aku tertanya.. siapakah agaknya yang mengundi tu eh ? Apakah kawasan dia terlibat sama ? Jika ya, apakah dia hanya duduk di rumah , diselubungi selimut ketakutan ? 

Bukan apa.. kita dah diajar dan dididik... ikut SOP , ikut SOP ! Automatik dalam diri ni , dah biasa dengan norma baru kehidupan ! Tiada bersalaman.. jarakkan dengan orang lain.. gunakan penutup mulut , pakai sanitizer... tapi bila jadi kes macam ni , abis semua orang terlibat kena duduk di rumah ! 

Yer.. aku paham nak putuskan rantaian... tapi jika orang macam aku ni , 24 jam duduk di rumah , Covid 19 memang tak jangkiti aku tapi aku boleh mati dek kerana stress !  Dengan layan karenah anak yang tak pergi sekolah.. perhatikan pendidikan secara online , buat kerja sekolah.. dan malam tidur ! Rutin berpusing begitu untuk 2 minggu ! Weh, boleh giler kau ! Dulu masa PKP pun dah tahap bingai duduk rumah. Bila dah boleh keluar rumah tu, terasa lega la sangat. Bila dilonggarkan lagi boleh bersenam di luar rumah.. lagi ok ! 

Seluruh Kuala Lumpur dan Selangor ! Sabah tu aku tak pasti la kat mana area panas tapi kalau macam tempat aku , Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang.. hijau ! Apakah patut kena duduk rumah gak ??? Kalau RED ZONE tu , aku paham la.. Buat macam sekarang ni buat.. PKPD terus ! Memadailah tak boleh keluar daerah.. Jika sampai nak bersukan pun tak boleh.. mati keras weh ! Dah la stress dengan masalah sedia ada.. mestilah nak lepaskan stress tu dengan cara betul yakni bersukan seperti berbasikal dan bersenam ! 


Di taman perumahan aku.. petang petang anak anak berbasikal , bermain badminton dan ibu bapa pulak ada yang berjogging. Masing masing tau apa kena buat.. Jarakkan antara satu sama lain ! Takda la pun nak berpeluk peluk atau nak bersalaman ! Berlari.. amik udara segar , berpeluh.. dan balik rumah !

Dan pada masa sama.. anak anak aku pun turut belajar di luar rumah. Sekurangnya tengok tumbuhan hijau. Takda la nak tengok tv atau gajet jer ! Diorang pun turut berpeluh dan paling penting.. malam mudah nak tidur sebab aktiviti harian dan memenatkan mereka. 




Dan gym pulak ! Sejak PKP dilonggarkan , gym memang ramai orang datang. Tapi jumlah orang dalam gym, dihadkan ! Tak boleh ramai ramai. Setiap 2 jam , gym akan dibersihkan. Manakala botol penyembur mengandungi air Dettol atau sanitizer diletakkan di setiap mesin. Mereka yang nak guna dan dah guna, dikehendaki bersihkan semula. Maka orang lain yang nak guna , tau tahap kebersihan mesin tersebut ! 

Bukanlah tergedik nak berbadan sado pun.. sama macam bisnes lain , nak buka pusat gym ni bukanlah murah. Kos tinggi. Sewa bulanan.. sewa mesin ! Jika mereka yang cintai bina badan ni tak support.. abis la pusat gym ni. Mereka akan bungkus ! Seterusnya , jika keadaan kembali reda, pusat pusat gym terpaksa kenakan harga mahal untuk keahlian ! Pergh.. tak mampu dah weh nak gi gym ! 

Jangan kata lak kemas rumah pun bakar kalori ! Ada korang nampak akak akak duduk rumah tu berbadan sado dek kerana kemas rumah ? Hehehe.. bukan nak berbadan sado pun.. tak sekurang kurangnya , nak la kemas dan kekar gitu ! Untuk kesihatan paling penting ! Di gym, boleh release tension ! Kesihatan mental kena jaga.. Barulah hidup sihat ! 
 



Kesimpulan aku.. jika nak perketatkan  sila tengok kawasan ! Jangan nak pukul rata . Kalau nak pukul rata , pukul dulu ahli politik yang menjadi punca dan juga mereka yang balik dari Sabah , tak reti nak kuarantinkan diri selama 14 hari walaupun mereka negatif dari awal lagi !! Kami yang jaga SOP dari awal lagi adalah mangsa. 

Kalau nak gak perketatkan, aku harap perketatkan satu Malaysia. Baru adil dan saksama ! Lalaalaaaa..



You May Also Like

0 comments