#MuhyiddinOut , perlu ke ?

by - Oktober 07, 2020


Trending di Twitter. Rata rata yang letak hastag #MuhyiddinOut ni , orang muda.  Pelbagai kecaman dilemparkan pada beliau dan juga Ketua Pengarah Kesihatan. Hurm...  Mudah benar korang lupa jasa eh ? Sebelum ni pujian melambung bagai.  Hurmm.. 

Pelbagai sebab diberikan termasuk kes 4 kes kematian termasuk bayi berusia 1 tahun , menteri tak ikut SOP , PRN di Sabah dan beberapa lagi sebab termasuklah  main golf ketika peningkatan kes Covid 19 di Malaysia. 

Hurm.. tenang tenang la. Memanglah di luar negara tu , jika pemimpin akan letak jawatan bila mereka lakukan kesalahan tapi di negara kita tak sesuai lagi memandangkan tiada muka berkelayakan untuk jadi pemimpin... buat masa ni ! 

Anwar Ibrahim ? Syed Saddiq ? Buat lawak ke ???  Satu nak sangat jadi PM satu lagi , pandai amik peluang. Tak payah la.. Sama je diorang dengan yang lain. 

Pendapat aku , kita kasi peluang pada PM untuk perbetulkan semula. Ingatlah apa yang diorang dah usahakan. Kita pantau dan kita kritik. Lagi pun dah tak lama lagi je untuk PRU15 . Aku harap , mereka yang berkelayakkan untuk kemudi negara ni muncul. Tapi bukan dari kem Syed Saddiq.  Maaf la yer.. Tengok je la sapa je sokong dia dari awal dulu. Heh.. Cari pasal ke ??

Aku harap Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat selesaikan kemelut sesama mereka. Masing masing nak selamatkan diri ! Haih...  Rakyat jadi mangsa. Jangan sampai rakyat bersatu dan bangkit. Buat masa ni , anak muda je yang dah bising.. Yang berdiri atas pagar ni ramai.. Memerhati jer. 

Bersyukur kerana negara lain banyak tumbang kerana Covid 19. Fikir fikirkan.. Jangan mudah lupa jasa orang. 


You May Also Like

7 comments

  1. Setuju. Relek relek skit. Marah mmg laa marah, tp jgn terus melatah.

    BalasPadam
  2. kesian Malaysia. kalut teruk!

    BalasPadam
  3. sebab tu bila siapa di atas, jgn taksub menggemari dan jangan taksub membenci kecuali yg mmg kejam tahap zionis

    BalasPadam
  4. sebab tu bila siapa di atas, jgn taksub menggemari dan jangan taksub membenci kecuali yg mmg kejam tahap zionis

    BalasPadam
  5. Apa yang berlaku sekarang tidak boleh selesai dengan hanya bila PM keluar atau digantikan dengan calon lain juga.Sebaliknya akan lebih merumitkan keadaan.Suara anak muda itu perlu.Namun satu hal yang perlu diambil kisah adalah suara anak muda boleh menjadi pemacu pembangunan negara,suara anak muda boleh juga membinasakan banyak apa yang sudah terbina.

    BalasPadam
  6. Kan? Sy pun tak setuju.. semata-mata yang baby meninggal tu orang terus nak kick 'abah', marah 'abah' sebab masih lagi mampu menggelarkan dirinya 'abah' walaupun ada baby meningggal. Sekarang ni yang PRN di Sabah ni lah puncanya, yang bubar time pandemik ni apakehal. Macam tak dapat dah nk bawak bincang. Menteri tak ikut sop pulak tu, dah kenapa. Eh.. ter emo pulak..

    BalasPadam