Aku benci sungguh la perempuan ni ! Tak kenang budi betul !

by - Jumaat, Oktober 30, 2020

Sakit hati ! Rasa nak.. grrrr ! Tak tenang nak tidur selagi tak tengok dia ni mati ! Geram sangat tul la. Abis semua orang dia cucuk dan lagakan. Tapi bagusnya , menjadi lak dia punya 'racun rumpai' tu ! Adehh... Memang boleh huru hara dunia kalau ada 10 orang macam dia.. Huhuh..

Yeargh... Citer Lost In Space ni dah keluar tahun 2018 lagi dan nak masuk season ke 3. Tapi nasib baik satu season , 10 episod je. Tak la sakit leher nak layan sampai 20 episod untuk satu season. Huhuh.. Berbaloi  layan citer ni. Dan boleh la layan depan anak anak. Babak kena 'lajukan' , bila ada babak kiss mengekiss tu jer.. 

Hahaha.. Memang patut aku tak leh tonton drama Melayu. Memang banyak watak begini eh dalam drama Melayu ? Huhu.. Cuma bezanya, tarikan dalam Lost In Space ni ialah robot tu. Pergh.. robot tu memang gempak la bagi aku. Design dia pun. Cuma cara gerak tu cam Robocop plak.. 

Season 1 dah abis semalam. Sekarang nak masuk season 2. Wife aku yang tak suka citer space space ni pun dah terjebak sama layan. Hahahaha.. Malas lak nak tonton movie skang ni. Cari je drama drama yang takda seksi meksi bagai.. Yang rating 7+ jer.. Huhuh.. Banyak sangat drama seksi kebelakangan ni terutama di Netflix.

Ok... Dalam Lost In Space , cerita kekeluargaan ni memang berbaloi la layan. Ada ilmu ilmu sains dalam tu yang mana boleh memberi sedikit sebanyak mengenai ilmu dunia sains dan kejuruteraan walaupun secara asas jer.. 





Lost In Space mengisahkan mengenai.. hurm... aku rasa baik korang tonton sendiri la. Bukan cerita cam Alien atau Predator tu tapi..  ha, korang layan la sendiri kata Netflix tu.. 


You May Also Like

0 comments