Tanaman herba yang patut ditanam di sekitar rumah bagi mengantikan ubatan jika kecemasan berlaku !

by - Khamis, Oktober 29, 2020

Termenung seketika. Hurm...  Tahun 2020 ni , macam macam dah berlaku. Dan ada yang kata ianya permulaan untuk segala-galanya. Benarkah ? Gulp.. jika yer , apakah persediaan kita ? Kita dah nampak satu persatu.. contohnya , kehilangan pekerjaan sebagai permulaan. Simpanan mula berkurangan. Jika berterusan , kita akan punya masalah dengan bekalan makanan. Kalau nak mengutip derma , ketika ni.. ok la.. mampu la nak bersedekah. Tapi akan datang ? Risau kita juga akan turut terancam. 

Jauh pulak aku mengarut eh ? 

Tak kisah la.. Tapi sejauh mana persediaan kita jika ianya berlaku ? Dari sudut simpanan kewangan , pemakanan ? Jika terputus semua ni camana ? Fuh.. menakutkan bila memikiran semua ni.. kan ? Paling risau ialah part makanan dan perubatan. Bagaimana jika terputus bekalan ubat di kala memerlukan ? 
Aku join satu group ni di Facebook. Memang bagus perkongsian yang ada dalam tu. Segalanya diorang dah fikirkan. Apa akan jadi jika.. bagaimana nak selesaikan.. apa yang perlu ada sebagai bekalan.. camana nak simpan dan banyak lagi ! Aduh... boleh giler jap bila tengok apa diorang dah sediakan untuk bekalan akan datang...

Dan paling menarik ialah perkongsian mereka mengenai tanaman herba yang mana aku sendiri tak pernah terfikir mengenai kebaikannya sama sekali ! Fuh... kena amik tahu banyak perkara dah pasni. Bagi yang tak tau cam aku, kita boleh start kenali pokok pokok herba dan tanam di sekitar rumah kita. Mana la tau.. kan kan ? 


Nah.. senarai tanaman herba yang patu korang fikirkan kedudukannya di rumah korang.. Moga bermanfaat. 

1. Rumput Siti Khadijah: immunity dan painkiller.

2. Pecah beling: kuatkan paru2

3. Pegaga: antibakteria

4. Daun goji berry: batuk kronik/sakit mata

5. Ameritsia/chinese wort: dipercayai boleh membunuh virus

6. Telinga kera: baiki buah pinggang

6. Lemon: good source vit C

7. Purslane: antivirus/antibakteria

8. Sambung nyawa: antidote utk demam

9. Mengkudu: asthma bronkitis

10. Ulam raja: antioxidant ni

11. Selom: ubat demam panas

12. Lobak bukit/gebir lembu: ubat darah tinggi

13. Bunga telang: detox

14. Remunggai: super food

15. Sireh cina: batuk/selesema

16. Daun kapal terbang: antiseptic n ubat luka.

17. Misai Kucing: diabates/darah tinggi

18. Bawang dayak: antiviral dan anti-inflamasi

19. Kacang bendi: raja antioxidant

20. Pokok melong aka tembaga suasa: tulang patah/terseliuh/bengkak.

21. Keledek: anti-inflamasi/superfood

22. Daun Paitan/Daun Insulin ini berfungsi memperbaiki pankreas penghasil insulin yg rosak.


Korang nak percaya atau tidak.. terpulang ! Sekurangnya ketika darurat , ada juga sumber yang boleh dipercayai kelebihanya pada tubuh badan kita dari kita bedal rumput atau pokok semalu jer.. Hee.. kan kan ?

You May Also Like

0 comments