Ayam Goreng Viral punya cerita !

by - Jumaat, Oktober 30, 2020

Dah tonton video pasal Ayam Goreng Viral ni ? Haaa , aku dah beberapa kali tonton video yang dibuat oleh doktor dalam gambar tu. Satu lagi pasal air tin Milo dan Red Bull. Apa yang aku faham dari video tu ialah mengenai kesihatan dan juga diet pemakanan. Mudah jer.. 

Cuma dalam video ayam viral tu, aku cam.. hurm.. Part minyak tu aku paham la akan bahayanya. Maklumlah , aku pun kena jaga part minyak tu kalau nak dapatkan lean muscle yang mana memang payah la sangat nak buat woii ! 

Bila masuk part tulang.. daging ayam leh lerai dan struktur kulit ayam tu aku cam... Er, apa doktor ni nak sampaikan sebenarnya ? Dia suruh kita cari jawapan sendiri. Eh , boleh pulak gitu eh ? Cer kasi jawapan terus alang alang dah jadi pakar gitu. Samada kita nak terima atau tidak , terpulang pada kita sendiri. Doktor tu dah kasi 'nasihat' kan ? 

Aku ? Aku sendiri baru bedal 2 ketul ayam goreng pedas tu ! Hahaha.. Bukan selalu weh.. Hari hari biasa, wife beli je ayam dan buat masak sendiri. Lagi pun aku makan ayam goreng tu bukan sebab terpengaruh dengan iklan cuma nak makan 'fast food' setelah berminggu kawal makan. Dan lepas makan tu, aku ada alasan la untuk gi  gym.. Bijak tak ? Hahahah.. 

Video ni memang berjaya mengundang ramai kaki masak singgah dan komen. Hahahah.. Doktor ni kelihatan tenang je dikecam. Aku tak nak la kecam sebab aku bukan pandai masak ayam pun. Makan pandai la. Maka aku takda ilmu nak kecam dia. Hahahaa..

Tapi kalau baca di ruangan komen tu, memang macam macam ilmu la korang leh dapat. Hahaha.. Camana nak kasi daging ayam tu rangup la.. rapuh la.. mudah terlerai la.. camana nak buang lemak ayam tu la.. eh , banyak la.. Bagus gak ! 

Kesimpulan bagi aku mudah jer... korang nak makan , makan je la.. Tapi berpada pada la. Jangan selalu. Dan bahagian yang banyak minyak tu, pandai pandai la buang naa... Lap minyak minyak tu dulu sebelum nak membedal. Kalau korang jaga badan , elakkan la na.. Bagi yang ada masalah kolestrol tu pun elak la yer.. Ikut nasihat doktor. Kalau dah teringin sangat , bedal je la. Tapi sekadar untuk lepaskan keinginan jer.. Jangan ikut nafsu. Sebelum makan tu, pastikan perut bukan dalam keadaan kelaparan. 

Tepuk dada sendiri. Jangan tepuk dada orang lak ! 

You May Also Like

0 comments