Berbudi bahasa bila dengan orang lain. Payah ke ?

by - Rabu, Oktober 28, 2020


Ada tonton video ni ? Aku tonton 2-3 kali di Twitter. Aku cam.. hurm.. Tak boleh ke cakap baik baik ? Sungguh pun anggota polis tu kelihatan cam 'keras' , kita mau paham... sekarang ni PKPB.. diorang kena berada di atas jalan raya tu untuk satu tempoh yang lama.. untuk kebaikan kita ! Dah kenapa nak kasar dengan diorang ? 

Bila berhenti di road block , buka tingkap... beri salam. Senyumlah. Nyatakan tujuan kita dengan jelas. Kalau yang tahan kita tu orang Melayu, cakaplah bahasa Melayu keseluruhan. Jangan ingat semua tahu apa yang kita tahu dan belum tentu kita tahu semua benda yang orang lain lebih tahu dari kita ! Haa, kan ?

Dalam kes ni.. dia cakap nak pergi gi veterinar. Kalau sekali cakap , anggota polis tu ulang tanya.. maka cakaplah dalam bahasa Melayu jer.. Kata nak gi klinik haiwan. Emergency.

" Kalau tak boleh , tak pe.. saya balik jer. Maaf yer. ". 

Kan senang cakap gitu ! Settle..  Jika kecemasan sangat , gi balai polis dan dapatkan surat kebenaran. Bayangkan.. jika kita boleh lepas keluar daerah dengan cara bawa kucing , orang lain nanti akan bawa anjing la, lembu la...kambing la.. beruk la. Semua nak gi klinik haiwan ! Sapa nak boleh sahkan ? Sekarang ni keadaan dah kira macam darurat. Sana sini kes Covid 19 sedang melambung tinggi. 

Nasihat buat aku dan korang... kalau jumpa frontliners ni , beri je la kerjasama. Tak payah nak bertekak bagai. Mengalah sajalah. Dalam keadaan sekarang , kita sama sama perlu turunkan ego dan rendah diri. Tak yah nak sakitkan kepala dan keruhkan keadaan.. 

Untuk rakan pembaca.. sebelum nak post video apa apa pun sekali , fikir panjang la yer. Silap silap kembali ke kita semula !

You May Also Like

3 comments

  1. Berbudi bahasa tu sangat mudah bagi orang yang mahu, susah bila tidak mahu lakukan.

    BalasPadam
  2. saya tak pernah tengok video tu. nanti saya tengok

    BalasPadam
  3. Betul tu, nak naik angin saja tak dapat apa pun..

    BalasPadam