Cara nak jimatkan tenaga bateri telefon pintar korang !

by - Ahad, Oktober 25, 2020

Bila keluar je telefon pintar baru , wajib diorang kata menjimatkan bateri atau bateri besar ! Pergh.. sakit tul hati aku weh ! Bagi aku sama jer.. Bila install je Whatsapp , Facebook, Instagram dan aplikasi yang selalu guna , terus bateri cepat cair !!! Kan kan ? 

Boleh nak dikatakan , sehari berkali kali charge. Bila dah penuh. pakai tak sampai sejam dua dah kurang 80%. Tu belum nak layan movie bagai haaa atau dengar lagu. Perghh.. sampai rasa nak dapatkan bateri berkuasa nuklear je ! Tu pun kalau ada la.. heee..

Ok.. aku rasa ramai orang cam aku ni.. Yakni kurang nak explore handphone kecuali guna , guna dan guna ! Kan ? Haaa.. Setelah hampir 3 tahun aku guna Samsung Galaxy Note 9 aku ni, akhirnya aku dah tau camana nak jimatkan bateri telefon aku ni. 

Caranya gini jer.. Korang kena buka bahagian SETTING telefon korang tu. Kemudian tengok di bahagian Battery. Kat situ, mesti ada bahagian yang bagitau apakah aplikasi yang korang guna terkini dengan meriahnya. Korang mesti tau kan... bila dah bukak aplikasi tu, 'diorang' takkan tutup punya. Aktif la gitu sampai kita sendiri 'matikan' dia ! Haaa.. Sebab tu bateri cepat cair !! 

Kalau dalam Samsung Note 9 ,  bahagian Battery tu dalam Device Care. Jika Oppo , di bahagian Battery terus.  



Kemudian di bahagian APP POWER MANAGEMENT tu , korang klik.  Dan klik DEEP SLEEPING APPS tu. Yang sini untuk kasi 'tidur' terus aplikasi korang. Maksudnya korang tak nak ada sebarang update terkini di situ. Contohnya Facebook atau Instagram. Aku tak nak tau apa apa berlaku dalam tu melainkan aku on. Bila aku klik Facebook, dia akan buka dari 0. 

Haaa.. bila tak nak guna , dia akan terus off... kira macam shut down la.. Kena faham ,aplikasi ni tak da butang shutdown kecuali LOG OUT.  Kalau LOG OUT lagi senang. Hahahaha.. Tapi risau terlupa password atau jenuh asyik nak LOG IN jer.. kan kan ? 


Untuk aku, setelah aku tau apa aplikasi yang kerap guna , maka aku letakkan dalam ruangan tu. Amik kau ! Aku tak nak tau apa apa update. Notifikasi memang aku dah tutup lama dah. Semak ! Kecuali email jer. Heeee.. 


Dan hasilnya pagi tadi..  bila aku bangun dari tidur, bateri aku cuma kurang 2% je berbanding sebelum ni , 20-30% walaupun tak guna ! Nah... amacam ? Untuk telefon jenama lain , korang cuba check bahagian Foreground atau Background. 

Selamat mncuba.. Untuk Iphone ? Iphone tu apa ? Hahahahahah... hahahahaha... hahahahaaa....

You May Also Like

1 comments