Berkesankah pembelajaran secara online ?
Ketika PKP pertama kali di Malaysia 'diperkenalkan' , aku tersangkut di Kelantan.. umah mertua. Kat sana ada la keluarga adik ipar yang turut 'tersangkut' sama. Suaminya seorang guru. Maka tak susah la untuk Qhaliff buat ulangkaji pelajaran dan juga belajar yang mana ada juga sepupunya yang lebih tua dan pandai. Boleh la tolong ajar sekali. Nak suruh aku ? Faham faham je la budak bila ada geng ! Memang tak jalan la aku punya arahan.
Nah.. kali ni, sekali lagi PKP cuma ada tambahan iaitu 'B'. Tak la seteruk PKP tapi sekolah tetap kena tutup. Banyak kes melibatkan guru dan juga murid murid berbanding sebelum ni. Walaupun sekolah tutup , pembelajaran tetap diteruskan. Untuk Qhaliff , dia kena buat kerja sekolah. Zahra , pembelajaran secara online.. Aariz ? Ni masalah besar ni. Dia boring.. dia kacau abang dia ! Kalau suruh dia belajar.. pandai dia jawab..
" Aariz kan kecik lagi..."
" Aariz tak pandai la.. nanti besar belajar la.."
Amacam ?
Cabaran buat aku. Wife lak dalam seminggu , cuma sehari dua je boleh 'work from home'. Gilir gilir. Kalau dia ada, boleh tukar tukar la ajar.. Tapi dia lebih banyak la. Malam pun dia ajar budak budak ni. Aku ajar part membaca dan menulis. Wife lebih tegas berbanding aku. Diorang 'ayam ayamkan ' aku jer walaupun aku garang ! Huh.. penat jadi garang tapi tak jalan.
Pembelajaran secara online untuk Zahra oleh Tadika Arina Putrajaya sedikit sebanyak boleh nampak la kat mana kekurangan Zahra ni dan perlu diperbaiki sebelum masuk ke sekolah rendah tahun depan.. InshaAllah.
Yang pasti.. memang nampak dia manja dengan cikgu cikgu dia.. Huhu..
1 comments
in shaa allah berkesan kalo depa ada kesungguhan =)
BalasPadam