Tamatkan sewaan dan pasang penapis air di luar rumah ?

by - Jumaat, Oktober 09, 2020

Aku masih berkira kira.. Nak tukar mesin air , kekalkan atau tamatkan jer ? Kalau nak tukar lain , aku akan mulakan semula pembayaran walaupun harga murah tapi kontrak bertahun tahun lamanya. Kena amik kira komitment pembayarannya. Sebab macam kes aku yang lepas , dengan jenama X .. jika lambat bayar , ada pihak lain call dan ugut kita dengan guna perkataan ' Saman' ! Adeh... Ni panjang ceritanya dan dan selesai pun. Alhamdulillah. Cuma jadi pengajaran untuk aku jika nak ada kontrak sewa beli gitu la. Dengan sapa kita nak berkomitmen tu penting. 

Ok... Ada beberapa pilihan. Aku kena fikir untuk jangka panjang dan baik buruk jika atas setiap pilihan aku. Jika aku teruskan guna mesin air yang sedia ada.. beberapa tahun lagi , mesin air tu dah 'lapuk'. Jika rosak , apakah akan ada lagi spare part ? Ikut pengalaman aku la.. alasan akan diberikan ialah , 'kilang  tak keluarkan dah lagi jenis ni'  dan dicadangkan tukar ke mesin air terkini ! Tu andaian aku dan teknik marketing. Bayar dah beribu ribu , sekali kena tukar yang lain gak ? Fuh.. ko ada pilihan ? Ada.. buang jer.  Kalau berduit , tukar je.. Takda masalah. 

Untuk kes aku, untuk beberapa tahun mendatang ni , aku kena downgrade hidup aku skit. Kena fokus pada pembesaran anak anak. Hala tuju mereka pun penting. Nak kena kasi skill selain dari pembelajaran biasa. Ok.. tu lain cerita. 

Mesin air.. Ada beberapa pilihan tapi semua kontrak jangka panjang. Nak kekal mesin sedia ada, yang sekarang ni pun dah nampak beberapa kali bermasalah. Lagi pun , tujuan masa amik mesin air ni sebab mudah nak buat air panas. Ketika tu anak anak masih kecil. Sekarang ni , masak air je dah. Air sejuk tu, bubuh dalam peti ais je. Senang. Masa bekalan air terputus ari tu pun, diorang ok je takda air sejuk.

Dan kawan aku ada cadangkan guna penapis air di luar rumah. Kenapa nak guna ni ? Sebab masa bekalan air disambung ari tu, air yang masuk.. perghh ! Berkeladak. Tapi aku tak la marah pembekal air pun. Aku kena usaha sendiri la.. 




Harga pun ok la.. Aku tak perlu nak pikir komitmen bayaran bulanan kecuali penyelengaraan jer.  Kalau guna syarikat , mungkin mudah. Melainkan syarikat bankrupt.. naya gak situ ! Hahaha... Kalau guna kawan kawan pasangkan... bayar upah... nak selenggara tu nanti , kita kena pandai. Haaa.. Tu antara aku kena pikir la.. 

Apa pendapat korang ? Mesin air atau penapis air luar rumah ?






You May Also Like

4 comments

  1. Kalau ikut Eirna, better pakai penapis.
    Utk jimatkan kos.Umah mak Eirna pun pakai outdoor penapis air jgk. Lama jgk la dia pkai. X ada masalah lg.

    BalasPadam
  2. I m staying in condo so i only use table top water filter

    BalasPadam
  3. Nad guna penapis air luar.. Nak beli yang dlm takut lari bajet

    BalasPadam
  4. Setuju sangat dengan penggunaan penapis air ni 😊 Jimat sikit pakai yang luar ni. Artikel ni pun bagus juga kalau nak rujuk untuk survey penapis air mana yang elok https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/06/best-outdoor-water-filter-for-your-house.html

    BalasPadam