Gegar Vaganza 2020 - Minggu ke 3 , dah dijangka..

by - Isnin, Oktober 26, 2020


Minggu ke 3 eh ? Sat check entri lepas.. Ok , confirm ! Ini minggu ke 3. Sejujurnya aku tak dapat layan 100% sangat semua persembahan peserta. Tapi yang mana aku jangka ke final itu , aku tengok la. Hehehe. Dan yer, mereka memang calon ke final. 

Sapa ? Boleh baca kat entri aku yang aku dah buat awal awal ! Hahaha.. macam tikam no ekor lak eh ? Hehehe...  Baca - Siapa Juara Gegar Vaganza 2020 ? . Ini cuma ramalan aku berdasarkan populariti dan juga kemampuan mereka pada masa yang lepas.. Aku punya pendapat la. Korang punya, aku tak leh nak kata apa la. Heee..

Persembahan dari Indigo , aku terus rasa mereka akan terkeluar minggu ini. Tapi mereka bernasib baik kerana bro Yantzen tak dapat buat persembahan dek kerana kurang sihat. Faham faham je la kan.. tak sihat , tak leh masuk pentas gitu... Huhuh.. 

Tapi bro Yantzen pun bernasib baik kerana tidak terkeluar dek kerana tak dapat buat persembahan. Tapi Dato Ramli MS buat keputusan bijak.. tidak ada sapa sepatutnya terkeluar minggu ini. Kiranya nak kena adil la kan ? Cuma bagi aku... kalau nak nampak adil , minggu depan bro Yantzen kena nyanyi dua lagi dan di situ markah penuh dibuat berbanding yang lain.. Ha , kan ? Heheee.. cadangan aku je la.. 

Noraniza Idris , Muss , Linda.. Bagi aku, diorang power minggu ni. Mungkin lagu diorang dapat kot ? Yang lain tu... aku tak leh nak komen sebab tak tengok sangat. Tak berjaya menarik minat aku ketika tu kot ? Hahahaha.. 

Minggu depan.. mencabar la jugak. Dan semua peserta kena bersaing dengan lebih bersungguh kerana Linda , Noraniza Idris bukanlah peserta yang calang calang ! Dua ni spesis buat kerja bersungguh punya. 

Dan aku rasa... Indigo atau Eva mungkin terkeluar minggu depan. Well... Hee...

Top 5 Markah Peserta Minggu ke 3 :

1. Ayu Damit ( 80.60% )
2. Noraniza Idris ( 73.40%)
3. Linda Nanuwil (70.80% )
4. Muss ( 69.60)
5. Aju ( 68.80 )


You May Also Like

2 comments

  1. Eva nyanyi berterabur.. nasib baik sangat je takde penyingkiran tu huhu

    BalasPadam
  2. Eh eh ko pun layan ekkk hahahahaha..
    Aku target ke Final, Muss, Yantzen, Linda, Noraniza dan juga si Oja..

    BalasPadam