Apa jadi jika PKPB bersambung di Lembah Klang ?

by - Isnin, Oktober 19, 2020

 

" kita perketatkan dan benarkan sektor ekonomi sahaja.. "

Aku rasa PKPB akan bersambung untuk 2 minggu lagi. Kes setiap hari memang menakutkan. Kluster  baru demi kluster  baru wujud setiap hari.  Walaupun kes positif baru tinggi , mereka yang sembuh pun tinggi gak. Itu berita baik buat kita. Cuma yang tak best tu ialah semakin ramai hilang pekerjaan. Yang kerja sendiri pun tergugat gak ekonomi.  Masih bersyukur jika ada makanan dapat disediakan di atas setiap hari . Ada yang dah mula mengemis meminta bantuan. Ada yang dah bercerai dek kerana kewangan. Itu yang nampak.. Yang tak nampak ? Yang kita dengar ? Yang kita baca ? Huhuh.. 

Terima kasih la pada mereka yang giler kuasa tu ! 



Terbaca semalam di Twitter. Shopping mall di Lembah Klang dah sunyi sepi. Sesuatu yang kita tak sangka sama sekali. Apakah mereka juga bakal ditutup ? Tak mustahil. Lapangan terbang , yang mana kita tau tempat paling sibuk di dunia pun dah sunyi.. Huhuh.. 

Sekolah dah 'dicutikan'. Tengok muka anak anak. Bagaimana dengan masa depan mereka ? Mereka tetap bergembira bermain. Berlari sana sini. Bergaduh sesama mereka. Mak ayah dok garu kepala.. 

" Apa jadi jika aku dibuang kerja ? Apa jadi jika aku tiada lagi income ? " 

Berniaga ? Yer.. sekarang ni boleh la kita bantu support. Tapi kalau kita sendiri pun dah mula 'kekeringan' , camana ? 


Semoga Allah lindungi kita semua..

You May Also Like

0 comments