Boleh kurus ke kalau tak makan nasi ?

by - Oktober 19, 2020



Hari ke 6 tanpa nasi.. ke 5 ? Hurm.. entah la.. aku pun tak ingat tapi yang pasti aku tak makan nasi dah untuk beberapa hari ni. Er, kenapa aku tak makan nasi ? Hurm.. hari Rabu ni aku ada live di Selamat Pagi Malaysia , jam 9 pagi. Maka nak kasi nampak smart skit la. Hehehee...  Kali ni ke situ bukan sebab blog. Haa... sebab lain lak ! Huhuh.. Korang jangan lupa lak tengok eh.. 

Ok.. apakah nasi punca pada kegemukan ? Hurmm... tak pun. Sebenarnya kalau korang bedal apa pun, tak gemuk. Yang buat korang gemuk tu, bila mana korang makan tak ingat dunia dan tak reti nak bakar balik kalori yang korang amik tu. Ha , tu pasal la jadi berlemak badan tu. Makan ala kadar je la.. 

Kenali badan masing masing. Korang kena tau apa yang bikin korang makan bertambah. Apa yang korang makan boleh buat korang lupa ingatan.. Haa, dan apa yang korang makan , payah nak cerna ! Ada tau..  Macam aku , kalau makan nasi.. kari ikan , sambal belacan, ulam , sambal kerang , telur , ikan pari , ikan keli , tempoyak.. fuh , memang bertambah la aku punya ! Hilang ingatan aku kalau ada semua ni ada di atas meja makan. Dan lepas makan , menyesal ! Tersandar kemengahan. Hurm.. Nak bakar balik pun malas dah. Haishhh.. 

Maka apa yang aku buat ialah , ratah lauk jer ! Pastikan yang tak bergoreng , berlemak , bergaram dan juga minuman bergula. Huhuhu.. Tak sedap ? Heee... korang akan rasa perbezaan pada tubuh badan korang. Rasa lebih ringan dan segar punya. 


Hurm.. tengok gambar ni.. rasa kecewa tul dengan kualiti gambar OPPO Reno 4 Pro. Haish.. 


Alhamdulillah.. sakit kepala pun dah takda sekarang ni.  Kalau tak, asal bangun pagi je mesti sakit kepala. Berpinar jer.. Huhuh.. Sekarang ni, segar je bangun walaupun tidur lewat. Heee.. Apatah lagi sejak PKPB di Lembah Klang, memang lepas Subuh , sambung tidur ! Huhuh.. Jangan ikut perangai syaitan ni. Tak elok. Huhu.. 

Dan jangan lupa bersenam. Bukan untuk kelihatan sado tapi bersenam untuk pastikan tubuh badan kita lebih fit , solid dan kelihatan anggun serta awet muda. Kemas rumah tu, memang bakar kalori tapi masih memerlukan kita untuk bersenam setiap hari.. setengah jam pun dah ok.  Rilekskan minda korang tu.. 

You May Also Like

2 comments