PKP 2.0 , mungkinkah akan berlaku di Malaysia ?

by - Oktober 02, 2020

 

Secara jujurnya , aku antara insan yang terkesan dengan Covid-19 ni. Yang bekerja sendiri dan bekerja dengan syarikat swasta , juga menerima nasib yang sama. Tapi inilah ketentuan dariNya. Kita kena belajar menerima dan mengatur semula langkah kita. Jangan mengalah. Bagi yang masih ada pekerjaan.  bersyukurlah dan bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. 

Peningkatan kes Covid 19 secara mendadak di seluruh selepas PRN di Sabah , mengundang caci maki dari rakyat Malaysia. Boleh tengok di Twitter dan Facebook. Rata rata menyalahkan ahli politik yang giler kuasa. Bermula dari yang merebut kuasa , melompat parti hinggalah yang yang sibuk nak pergi berkempen di sana. 

Dan Ketua Pengarah Kesihatan , Dr. Hisham juga turut mereka salahkan. Kenapa tidak tegas dari awal lagi ? Huhuh.. Bagi mereka yang bekerja di sektor awam , mesti geleng kepala punya. Kenapa ? Sebab tau bila penjawat awam nak buat kerja sungguh sungguh, mereka 'terhalang' dengan perangai ahli ahli politik yang ada kuasa di dalam kementerian ! Inilah realiti dan masalah buat penjawat awam yang jujur dan amanah. Akhirnya ada yang pencen awal atau letak jawatan. Penat nak layan 'kebodohan' ahli ahli politik Malaysia ni. 

Kesannya ? Nah.. kita nampak sekarang ni... makin ramai yang menganggur ! Bila keadaan kembali nak pulih , dah datang punya kluster baru yang mana boleh dielakkan dari awal lagi ! Ramai dah mula mengelabah. Kenapa ? Sebab moratorium pun dah tamat ! Hutang piutang perlu dijelaskan ! Mana nak cekau duit ? 

Di Twitter,, aku baca bebeapa kes yang mana ada suami berpura pura keluar dari rumah. Pergi kerja macam biasa. Tapi di luar , dia tukar pakaian dan menjadi peragut ! Khabarnya kes hampir 200. Dah ditangkap polis katanya. Gitulah tekanan hidup. Jika bujang , tak pening kepala sangat melainkan dia memang banyak tanggungan. Yang bekeluarga ? 

Bayangkan jika sekali lagi PKP ? Apa akan jadi ? Hurm... Tapi aku tak rasa akan ada PKP melainkan PKPD jer.. Tak boleh rentas daerah seperti mana yang berkuatkuasa di Sabah , semalam.  Itulah yang terbaik. 

Apa lagi nak kata ? Dek kerana arahan cam yoyo.. Yang balik dari luar negara , kena kuarantin di pusat. Yang balik dari Sabah , zon merah.. tak yah kuarantin ! Dah ada kes , baru kuar arahan.. kuarantin di rumah..itu pun ada ' jika' ...

Yang jadi mangsa.. rakyat jelata yang ikut SOP.  Semoga Allah lindungi kita semua. Kalau ada vaksin , testlah dulu pada ahli politik.


You May Also Like

4 comments

  1. pening bila fikir..semoga semua baik2 aje

    BalasPadam
  2. itulah abg ben, risau jugak..dah la baru je sebulan keje nih..

    BalasPadam
  3. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT. Sama2 kita jaga kita..

    BalasPadam
  4. kalau berlaku. ekonomi malaysia akan mati. entah lah

    BalasPadam