Makin ramai rabun silau jika PKPB berterusan !

by - Oktober 15, 2020


Tweet ni satu kebenaran. Memang mereka yang bermasalah seperti di dalam ni ! Kenapa ? Sekarang ni masalah silau bukan lagi orang berusia je 'menikmatinya' tetapi orang muda pun dah boleh join the club. Kenapa masalah ini boleh terjadi ? 

Menurut bacaan aku , belum ada lagi info bagaimana rabun silau ini boleh berlaku tetapi aku rasa ianya lebih berpunca dari penggunaan gajet yang keterlaluan ! Melihat skrin komputer , tv dan telefon pintar tanpa henti atau terlalu lama setiap hari , boleh merosakkan mata kita. Sebab tu kalau kita gi bercuti ke kawasan kawasan menghijau , mata kita lebih terasa lega gitu.. Sedap je mata. Bila tengok balik skrin gajet , terus rasa letih ! 

Jika ianya mampu memberi kesan pada kanak kanak , yang bukan kanak kanak apatah lagi kan ? Jadi bagaimana nak bendung dari masalah ini berlaku dengan lebih awal pada kita ? Er, korang.. aku dah bermasalah dah ! Huhuhu... 

Bayangkan sekarang , zaman Covid 19. Kerap duduk rumah dan layan gajet ! Adoi.. pedihnya la mata. Letih. Bila bangun tidur terasa lemau je ! Nah.. ni punca dari mana ? Haaaa... Bila tengok lampu kereta terutama yang putih.. terus hangin semacam ! Hahahaha.. kan kan ? 


Pakai cermin mata ! Bagi yang tak rabun silau atau nak elak, korang boleh pakai cermin mata anti silau. Yang boleh menapis sinar biru yang datangnya dari skrin gajet ! Haa , ni dah banyak kali dah aku cerita kat blog. Bagi yang rajin baca mesti dah tau dah. Kalau belum , tak pe.. Korang boleh baca di SINI dan tonton video di SINI

Mahal ke ? Hurm... sebenarnya murah je cermin untuk cermin mata ni. Yang buat jadi mahal tu bila korang amik kanta berjenama antarabangsa. Sebenarnya bukan korang nak pun tapi staff kedai cermin mata tu yang 'syorkan' pada korang. Diorang dapat la komisien lebih. Huhuhuh.. Ini yang aku diberitahu. Yang jadi pening , kita la.. Yer, aku pun dah pernah kena. Beribu kau ! Abis duit kutu aku. Hahahahaa...



Ok... kedai cermin mata yang tawar harga murah ni memang banyak. Tapi yang cepat siap tu tak banyak. Dan bukan cepat siap je tau ! Yang penting service after sale tu penting. Katakan cermin korang pakai tu tak kena dengan mata.. haa , ada kedai malas nak layan dah ! Pernah kena dah kat aku. Sejak tu aku malas nak gi kedai kedai yang... hurm.. 

Sejak aku remaja lagi aku dah dengar , 'kalau korang nak buat cermin mata, gi je Sungei Wang Plaza' tapi aku degil. Hahaaha.. Konon nak gi kedai gempak gempak. Memang gempak la jadinya. Hehehehehe Berpinar la gak kepala tengok harga. 


Sekarang ni , memang aku syor korang yang nak buat spek ni , gi je Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Ada banyak kedai tapi yang aku cadangkan kat korang , gi kedai Eyes Vision Optical. Kenapa sana ?? Layanan ok sangat. Tiada paksaan pada korang. Bagitau je bajet korang berapa... nanti diorang akan syorkan yang mana sesuai. 

Alamat dan info lanjut , korang boleh baca di SINI. Nak diskaun , cakap jer korang tau dari BEN ASHAARI.  Hee.. inshaAllah ada diskaun lagi..
 

You May Also Like

6 comments

  1. lama tak beli spec ikut kualiti cermin tiptop, skarang pakai cermin biasa2 jer

    BalasPadam
  2. azni tak boleh drive mlm sgt skrg ni... mmg silau . kalau hujan lagi lah tak boleh drive. takut jadinya

    BalasPadam
  3. Memang.. Silau ni buat sakit kepala kadg.. Nasib dh buat spek mata anti silau

    BalasPadam
  4. betul lah..tak rabun mata ni jadi sialu pulak...rasa mcm kena pakai speck juga

    BalasPadam
  5. Nnt ada masa nak teejah sana jugak la buat spek baru ..

    BalasPadam
  6. Banyak dah kedai cermin mata murah sekarang ni, frame fleksible ada.. Ble lekap polarise skrin ada.. Harga murah dan berpatutan..biasa buka booth dlm mall.. Kalau di sabah..ada 1Borneo mall, Suria Sabah mall, Imago, Wisma merdeka..huhuhu

    BalasPadam