Gegar Vaganza 2020 , Minggu 2 masih belum mencabar !

by - Isnin, Oktober 19, 2020


Hurm... seperti yang aku jangkakan.. hehehe.. Yang tak ramai peminat dan tak popular mahupun tidak begitu menawan.. mesti akan terkeluar dulu. Maaf la.. bukan nak mengutuk atau mengeji.. tapi inilah cara di Malaysia. Populariti , rupawan dan barulah bakat ! Kalau ada rupa dan bakat , tu pakej seumur hidup laa.. Huhuh.. Korang pun tau kan.. 

Semalam , aku terjebak tengok. Alang alang dah ada ASTRO, layankan aja.. Yang takda tu , kena la langgan. Bak kata pengacara.. langganan anda , gaji kami ! Hahaha.. betul la kan ? ASTRO pun dah tercungap cungap tu. Hahaha.. Salahkan diri sendiri la.. lalalaa.. Maksud aku , ASTRO la. asyik cerita sama je. Menyampah aih.. 

Ok.. kembali ke topik asal. Aku layan semalam. Lagu lagu diorang , semua memang 'makanan' diorang la. Otai la katakan. Takda sapa leh pertikaikan. Kita kena tau, ini bisnes. Hehehe. Maka paham paham je la.. Kita layankan je.. 

Di minggu ke 2 ni, aku nampak dah sapa boleh bergelar juara jika kekalkan momentum ! Haaa.. Dengan gaya , lantunan suara dan low profilenya , tak mustahil boleh meninggalkan jauh peserta lain. Korang pun tau sapa kan... heheeee... Perempuan la ! 

Lelaki ? Huhuh.. kena buat banyak lagi home work untuk pikat penonton generasi sekarang ni. Yang muda dan ada rupa cam Nomad , Oja.. tak mustahil boleh ke final jika berjaya ngorat penonton. Juri tu, sah sah la wajib kan. Suara dan gaya kena perform.  Yang macam Mus dan Yantzen tu, kena lebih gempak lagi. Mus , aku yakin ke final. Yantzen , kalau lagu tu memang sesuai untuk dia.. dia selamat ! 

Minggu ke 3 , masih lagi dalam minggu lagu makanan diorang. Mungkin nak buang peserta peserta yang kurang popular lagi kot ? Pastu baru nak mulakan cabaran ? Hahaha... Lagu Melayu Asli / Tradisional ? Dangdut ? Heeheh... Mesti  lebih mencabar kot ? Cuma mungkin penonton tak suka je la.. Heee..


Apa pun.. tahniah la buat ASTRO dan penaja kerana menaikkan kembali penyanyi penyanyi lama ni.. Sekurangnya , mereka ada job dan income.. 

 

You May Also Like

4 comments

  1. Betul tu, penyanyi lama tak dapat job. Rezeki mereka d GV

    BalasPadam
  2. Yeh yanzten.. Mantap.. Laki kita suka mus.. Ahhaha

    BalasPadam
  3. Mus dan Linda ada peluang tu, yang lain Mas tak nampak lagi kekuatan diaorang.

    BalasPadam