Benarkah si 'gelang pink' berkeliaran di Alamanda ?

by - Oktober 13, 2020

"Berita terkini.... ada 2 beranak gelang pink p shopping kat PARKSON ALAMANDA...depa dah jln merata kat alamanda tu...So hati2 smua..Kalau boleh elak p sana ye, Dlm pukui 2pm tdi. "

What ???? Jeritan di dalam hati aku ! Pergh.. jerit dalam bahasa omputeh aja ! Hahaha.. Aku tonton video tu.. Aduh.. betul ke ni ?? Aku search di Facebook. Cari kot kot ada kawan kawan yang update pasal ni.. 

Ada seorang. Kawan yang memang aku kenal ketika bekerja di Kementerian Pelancongan satu tika dulu. Dan aku baca komen komen di dalamnya. Sedikit lega pastu. Kemudian aku forward mesej ni pada wife . 

Dan seperti yang aku jangka... dia kalut terus ! Huhuh. sebab ? Sebab pada jam tu , aku sekeluarga ada kat Alamanda. Ke Celcom dan Digi. Selesaikan masalah line telefon. Terpaksa bawak budak budak sebab wife tak arif sangat part ni.  Dah berbulan tak ke Alamanda sebab takda hal penting. Huhuh.. 



Ramai dah mula maki hamun di ruangan komen posting video ni. Aku tak upload pun. Aku cari info di Twitter bagi pengesahan. Alhamdulillah.. lega skit baca komen komen sebab mereka letakkan sekali bukti pengesahan. 

Aku cuba yakinkan wife. Tapi dia cam... menyesal sangat gi Alamanda ! Hahaha.. Adeh... Dan tak lama kemudian , pihak Alamanda keluarkan kenyataan.. Aku send kat wife. Barulah dia tenang ! Huhuhuh.. Dan katanya itu je la pertama dan terakhir ke shopping mall ! Tidak dah pasni. 

Tapi shopping mall bukan saja bahaya kalau nak ikutkan.. asal keluar dari rumah je , dah bahaya ! Haaa.. tak kira la gi kerja atau umah orang tua kita sekali pun ! Nak tak nak , kita kena dah lalui semua ni.. Cuma kena berhati hati dan ikut je SOP yang disarankan. 




 

You May Also Like

1 comments

  1. Macam2 hal. Kesian yang tak bersalah dituduh. Jangan laa buat kat orang lagu tu. Kena siasat bebetul sebelum sebar. Tak ke jadi fitnah bila dah sebar lagu tu. Tq Ben ats peekongsian. Moga lps ni kita semua lbh berhati2.

    BalasPadam