Gorilla Shredd ok tak ?

by - Jumaat, Oktober 09, 2020



Aku ternampak iklan produk kesihatan Gorilla ni , kat media sosial. Terfikir gak nak try. Nak tau apakah sekadar gimik atau ada kesan pada aku. Huhuh.. Sebelum tu , aku dah buat beberapa bacaan mengenai kelebihan dan kurangan akan L-Carnitine pada tubuh badan aku jika aku mengambil produk ni.  

Selepas memahami keperluan L-Carnitine pada badan aku , maka setiap kali aku gi gym.. aku akan amik setin dan campurkan dengan sebotol air mineral. Pastu baru minum. Dia punya peluh , memang kaw kaw la ! Yer , memang ada 'fat burner'. Hanya sesuai untuk mereka berolahraga je tau ! Kalau sekadar nak minum je pastu nak kurus.. tak yah la.. 

Selain Shredd,  ada beberapa lagi produk Gorilla yang sedia untuk diminum.  Yang lain tu aku tak cuba minum lagi. Huhu.. Bajet takda sangat . Hahahaha.. Cukuplah Shredd jer.. 


Baru test seminggu.. satu kali turun gym , satu tin. Nampak la bahagian bahagian yang payah benau nak hilang tu, hilang ! Tapi aku tetap kena jaga makan la. Bukan harap pada menda tu jer. Ianya cuma membantu. Bukan menghilangkan. Masih kena bersenam dan juga jaga makan. Rehat jupa penting. 

Berat badan , aku tak timbang yang terbaru tapi minggu lepas , ada la turun 2-3 kilo.  Tapi aku tak kata sebab aku amik Shredd ni tau ! Haa... aku jaga makan dan pada masa sama , aku amik Whey protein setiap pagi dan malam bagi elakkan aku kelaparan atau makan banyak pada waktu pagi dan malam. 




Selain air yang dah sedia untuk diminum, ada juga produk suppliment yang lain. Yang tu , aku tak cuba lagi tapi nampak menarik jer.. Tergoda gak ni. Huhuh... 

Rujukan untuk L-Carinitine : 

1 ) HealthyCatchup.com :  L-carnitine - bahaya! Adakah ini benar?
2 ) Doktor Sehat : L-Carnitine: Sumber, Manfaat, dan Efek Samping

Amaran : Apa pun , kena tanya doktor peribadi korang. Jangan main amik je tau.. Haa.. Dapatkan nasihat dari pakar juga.

Untuk produk Gorilla , boleh beli kat gym gym terpilih atau  boleh dapatkan di online web Gorilla.
 

You May Also Like

5 comments

  1. Setuju apapun tanya Doktor, risau la ni ambil pelbagai jenis minuman kurus di pasaran.

    BalasPadam
  2. This is my first time get to know about this brand.

    BalasPadam
  3. Kena try ni sebelum kayuh jarak 100km. Thanks Ben inform

    BalasPadam
  4. 1st time tahu... Menarik!
    Thanks sharing Aben, setuju part tanya doktor dan dapatkan nasihat dulu

    BalasPadam