Cermin mata murah , kanta Alpha yang anti silau dan halang sinar biru selesaikan masalah rabun aku !

Memandu malam adalah masalah besar aku. Dulu ok jer. Tapi sejak bergelar blogger ni , mata aku semakin tak boleh kena silau cahaya telefon pintar , tv , laptop apatah lagi lampu kereta terutama yang HID tu ! Aduh.. kalau kena, aku mesti kena berhentikan kereta di tepi sebab mata berpinar-pinar!

Aku pernah nak gi buat cermin mata yang mana kantanya boleh selesaikan masalah aku tu tapi bila diberitahu akan harganya , aku terus batalkan niat. Mahal kauuu ! Yang biasa biasa pun dah lebih RM1 ribu ! Haihhh.. Mampu mengeluh je bila mengenang bab cermin mata ni. 

Masalah aku !

Rupanya bukan aku seorang je bermasalah dalam hal ni. Ramai lagi yang serupa macam aku. Nak buat cermin mata tapi bila diberitahu akan harganya , terus terkedu ! Terpaksa buat atau terpaksa rabun !

Baru-baru ni ,sepupu aku ada mesej aku. Katanya ada sebuah kedai cermin mata di kompleks membeli belah Sungei Wang jual cermin mata murah ! Hurmm... aku tak berminat ! Bagi aku cermin mata murah ni takda kualiti sama sekali ! Mudah patah dan kanta dia tah hapa hapa.

Dia suruh aku pergi cuba tengok dulu. Kot kot aku boleh tulis dalam blog. Hurmm.. Aku pun terima cadangan dia. Yelah , info untuk blog aku gak walaupun aku tak beminat. Mana tau ada rakan pembaca di blog aku ni yang berminat.. kan kan ?

Isnin lepas , aku ke Sungei Wang. Fuh , berpuluh tahun aku tak ke sini. Zaman belasan tahun dulu , rajin la. Gi main bowling , dating dan lepak ! Heeee.. Zaman jahil orang kata. Sejak pindah Sepang , memang tak jejak dah.

Nama kedai cermin mata tu !

Ok..Aku terus ke kedai tu. EYES VISION OPTICAL yang terletak di level G. Kedai ni ada di celah celah lorong. Di sepanjang lorong tu memang ada kedai cermin mata dan jam jer. Haaa.. Senang nak cari. Ada 4 rangkaian kedai cermin mata kawan ni. Yang lain ialah , EYE SMART CONCEPT , EYE SMART VISION , EYE PRO VISION. 

Aku pun masuk ke dalam kedai tu. Terpampang banner berwarna kuning tertera RM65 ( FRAME + LENSES ). Hurmm... Murah tapi tahan lasak ke ? Kang sekali pakai , rosak dah ! Aku tengok satu per satu bingkai cermin mata yang ada kat situ.





Sebahagian pilihan cermin mata. Citarasa terkini. 

Saja nak try design gini sebab nak kasi nampak macho dengan janggut putih aku. Ok tak ?

Kalau nak yang berjenama terkenal pun ada cuma.. 

Cuma aku serik dah nak beli yang berjenama ni sebab tak tahan lasak ! Manja. Contohnya aku dah guna dua kali Oakley. Haihhh.. serius , menghampakan. Pastu beli mahal sekadar untuk melihat jer. Bila nak bergambar cun cun , aku pasti akan bukak cermin mata sebab tak sesuai gitu. Baik beli yang biasa biasa tapi pakainya ok sangat , kan ? 

Ok.. Part bingkai selesai. Aku dah tau apa aku nak. Part ni paling aku takut.. hahaha.. Kanta atau lens. Haihh.. biasanya bingkai aku mampu beli tapi bila masuk bab kanta , memang aku surrender ! Aku pun cerita la masalah aku. Dan tokey kedai tu , Mr. Jun pun bagi penjelasan pada aku. Dia dah berpengalaman berbelas tahun dalam bidang ni. Bermula dulu sebagai pekerja biasa dan sekarang dah jadi bos. Huhuh..

Ada dua orang di situ yang berpengalaman. Satu, Mr.Jun dan sorang lagi, Mr. William Chai. Dia ni pelakon. Fasih berbahasa Melayu sebab membesar di kalangan orang Melayu. Anggota simpanan Tentera Laut.  Dia pun punya pengalaman berbelas tahun dalam bidang cermin mata ni.

Alpha Lens

Diorang terangkan pada aku. Dan bila masuk bab harga , aku mengelabah ! Hahahaha.. Dia bagitau aku , harga untuk kanta aku... seperti mana aku nak iaitu nipis ( Multicoat ) + Blue Ray (Alpha ) + Anti Silau. Tau berapa ? Huhuhuh... Dia kata mahal sedikit sebab power aku tinggi. Silau pun tinggi. Sebelum tu dia check mata aku secara manual.

Aku tau dah... Tunggu dia sebut.

" RM125". Katanya. Aku tak percaya laaa harga tu ! Takkan semurah tu. Aku ingatkan dah cecah RM1K++ ! Kalau nak tukar gelap ( Transition) , aku kena tambah beberapa puluh ringgit lagi ! Haishhh... Hah ?????? Takkan kot ?

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Senyum. Aku pandang keliling kedai dia. Takkan dia nak prank aku kot ??? Aku dalam American Candid Camera ke ???? Huhh.. Dia cakap dia dah buat bisnes ni lama dah. Regular customer dia pun ramai. Memang pun ketika aku kat situ , ada jer orang kuar masuk walhal banyak je kedai cermin mata kat situ. Dan aku pernah dengan di Sungei Wang memang jual cermin mata murah ! Tak sangka semurah ni.

" Berapa lama siap ? ". Tanya aku. dan jangkaan dengan kanta aku tu , ikut pengalaman aku.. mau sebulan gak!

" Setengah jam jer". Dia jawab. Haih.. makin pelik. Murah dan cepat siap ! Tak mungkin !!! Aku pusing dalam kedai tu lagi. Cari bingkai yang berjenama. Dan tanya harga... Ray Ban. Dia bagitau harga. Geleng kepala aku. Kalau laaa tau begini punya murah , aku dah jimat banyak sangat duit. Haihh... Aku nak pakai untuk memandu dan melihat je pon. Bukan untuk bergaya ! Hurm..

Aku terus angkut satu. Dan sejam kemudian , siap ! Smart tak ? Haaa.. Makin hensem lak aku tengok diri aku sendiri ni. Heeee..



Ok tak ? Haaa... Aku test pakai gi gym. Memandu malam. Dan ketika memandu, aku pandang cermin sisi dan pandang belakang untuk melihat kereta kereta yang suka pasang lampu besar. Hehehehe.. Tidak lagi silau dan pedihkan mata. Syukur , Alhamdulillah. Aku tak perlu takut dah memandu malam.  Jelas dan terang. Yang paling pentng , aku dah jimat banyak duit. Kalau tak , beribu tuuu ! 

Dan kanta Alpha adalah sangat bagus. Kalau korang jenis main komputer lama dan telefon pintar , ni kanta yang sesuai. Macam dalam sesetengah telefon pintar, dia ada Blue Filter.. kanta Alpha berfungsi sedemikan rupa ! 

Kat sini ada tertea no telefon dan alamat kedai. Sebarang masalah boleh je whatsapp terus atau nak lagi best... gi sana jer ! Kalau korang duduk luar KL , gi la sehari dua. Cermin mata siap sejam jer kot. Heeeee.. Dari membazir beli beribu ribu... 



Minggu depan , nak bawak mak aku lak. Dia nak cari cermin mata untuk membaca jer. Ok pe.. bajet dalam RM100++ jer.

21 ulasan:

  1. Kalau ada kat Kelantan sumpah dah beli untuk Mama, sb Mama rabun dekat tapi service alpha terbaik sb cepat, kalau dekat kedai lain kena tunggu dekat 3-4 hari

    BalasPadam
  2. Arrrghhh sama cam masalah aku silau. Drive memalam azab. Tambah lagi kalau hujan. Baru minggu lepas langgar kon sebab x nampak. Kena buat jugak ni. Hurmmm

    BalasPadam
  3. hb dah kena pakai spek sekarang.. so kena amik tau laa pasal kedai spek lepas ni.. thanks sharing

    BalasPadam
  4. serious murah!!! nak tukar spek

    BalasPadam
  5. Bestnya boleh siap dalam masa yang sangat cepat. Dah 20 tahun lebih jadi orang rabun.. Tak pernah lagi buat spek yg siap dalam sejam.. hahahahaha.. Nak pegi buat jugaklah..

    BalasPadam
  6. Rasanya kalau dengan harga begitu sanggup lagi drive dari Temerloh ni ke kedai tu sebab jimat dan murah jugalah.

    Tengok kalendar cari hari cuti yang sesuai nak pergi.

    BalasPadam
  7. Bagus mi untuk kongsikan dengan mak dan kengkawan.

    BalasPadam
  8. Murahnya... Cepat betol boleh siap.

    BalasPadam
  9. berbaloi nya..memang tgh carik cermin mata murah2 ni..tq info..tak sabar nak pi

    BalasPadam
  10. murahhh, hr tu beli untuk umi pun dah beratus jgk

    BalasPadam
  11. aku dah google tak ada pun cermin brand ALPHA ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lens ALPHA ni eksklusif kedai ni je keluarkan.

      Padam
  12. kalau tahan lasak lepas tu murah bagusla..aben pakai pun not bad bingkai dia

    BalasPadam
  13. Alahai murahnya! Memang right on time laaa , spek ni dah sampai masa kena tukar. Nanti nak pi laaaa

    BalasPadam
  14. Tgh survey,paling murah dpt rm699.kena pegi kedai ni juga nampak gayanya..tq info

    BalasPadam
  15. Memang murah sangat, nak kena pergi jugak kedai ni.

    BalasPadam
  16. Nak pi! Spek mmg dah lama kena tambah power tp dok bertangguh sbb harga lens mahai sgt huhu.

    BalasPadam
  17. kalau kat batu pahat johor, cari kedai MINE. Pn siap stgh jam .. spec saya pn semuanya bawah 200

    BalasPadam
    Balasan
    1. batu pahat kat area mne eh? Tgah mncari jgk nie...sy kt jb

      Padam
  18. Wah Thanks for the info...mencari juga kalau ada sumber2 yang ada review murah2..

    BalasPadam
  19. Saya pun dah buat da speak kanta alpha ni.. Mmg trbaik selalu drve malam mmg tkut sbb xnmpk. Dgn lampu kreta lgi..skrg guna kanta alpha ni kreta guna lmpu tggi pun sya relax je xde da sakit mata ngn pening..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.