Teruja melihat mereka berbasikal di Osaka, Jepun

Duduk di satu sudut menghilangkan lelah akibat keghairahan akibat terlalu banyak berjalan kaki di sana. Sejujurnya berjalan kaki di Osaka sangat menyeronokkan. Boleh lihat macam macam benda depan mata. 

Dan paling aku suka ialah melihat mereka yang berbasikal. Sepanjang aku di sana, tak pernah terserempak atau melihat mana mana pejalan kaki dilanggar oleh mereka yang berbasikal atau pun diherdik. Mereka mengutamakan pejalan kaki. Dan pejalan kaki juga kena prihatin juga akan kehadiran mereka. Maka akan ada bertolak ansur di situ. 

Mereka yang berbasikal ni tak kira usia, pangkat dan juga jantina. Si ibu siap bawa anak lagi! Malah mendaki bukit yang mana aku rasa aku pasti gagal punya!! Hahahahaa.. 





Patutlah Tun Mahathir masih ajak rakyatnya memandang ke Jepun. Sejak dulu lagi Jepun adalah negara yang menjadi idola beliau dan sangatlah bertepatan. Tu baru bab berbasikal. Dalam bab melayan tetamu, fuhhhh.. aku boleh kasi 5 bintang dari 5 bintang. 

Terima kasih pada J Horizon Travel  dan Cosmoderm atas peluang ini. 

4 ulasan:

  1. Bestnya kalau Malaysia camni kan, kurang pencemaran.

    BalasPadam
  2. Best kan tengok suasana cenggini. Rasa lebih aman dan menikmati life gitu, rather dari bersesak dalam jem yg buatkan rasa stress setiap hari.

    BalasPadam
  3. best kalau ada dekat malaysia mcm ni..huhuhu

    BalasPadam
  4. Jom ben start mengayuh basikal.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.