Bbq Lamb KL Kemensah memang berbaloi !

Lama dah teringin nak pergi BBQ Lamb KL Kemensah . Yelah , bila tengok gambar gambar yang viral ketika tu menunjukkan tempat ni menarik dan unik sekali. Makan dalam sungai tu ! Best kot ?? Cuma nak tau makanan tu sedap atau tidak jer. Maklumlah , tekak masing masing kan.. 

Dan impian jadi kenyataan.. team blogger #KBBA9 ada buat photoshoot di situ , semalam. Peluang nak merasai keenakan makanan makanan yang popular di BBQ Lamb Kemensah , terhidang di depan mata. 

Tempat letak kereta , mudah bagi aku. Ada banyak. Tandas yang bersih. Kawasan sekitar yang cukup menarik terutamanya kolam mandi serta sungai yang mengalir jernih. 








Makanan kat sini dibuat secara pakej. Serendah RM80 untuk dua orang makan tapi serius sedap ! Keunikkannya ialah mereka ada smokehouse ruang membakar sendiri yang menjadikan rasa salai dan bbq enak sekali.  Lembut je daging  ayam , kambing dan juga itik ! Ikan salmon pun sedap woo !






Makan di dalam sungai adalah kenangan manis terutamanya beramai ramai. Sambut harijadi atau majlis kecilan pon best sini. Kalau hari hujan , memang tak dibenarkan turun la.. hee..





Sedap kan ? Haa... Kalau nak gi hari minggu , kena call dulu booking. Memang penuh. Hari biasa , ok jer.  Tapi makan dalam sungai ni sebelah siang je dibuka. Malamnya , makan di tempat yang disediakan. Menarik. 




Untuk pertanyaan serta tempahan , boleh 

8 ulasan:

  1. syoknya makan sambil mandi manda

    BalasPadam
  2. Fuhhh memang bestlah, nak kena pergi jugak ni. Lepas penat mandi manda, boleh terus order BBQ!

    BalasPadam
  3. Best.. Sambil makan sambil menikmati permandangan alam semulajadi❤❤

    BalasPadam
  4. Suasana tenang, nyaman memang best laaa.... Makan-makan kaki rendam dalam air, pastu nikmati alam semulajadi syiokkkk sungguh. Makanan pun sedap!

    BalasPadam
  5. Hehehe...LeYa dah 4 kali ke sini Abg Ben.. Memang sedap makan kat sini.

    BalasPadam
  6. memnag best ke sini..suka sangat

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.