Corak songket keutamaan dalam rekabentuk hoodie terkini - BEN ASHAARI

Corak songket keutamaan dalam rekabentuk hoodie terkini

Alhamdulillah.. lama dah rancang nak keluarkan rekabentuk begini.. ala ala tradisional moden gitu. Nasib baik Kandawaris sudi membuat khas untuk team blogger #KBBA9. Bukan senang tapi berjaya juga dihasilkan. 

Pada awalnya ramai tertanya.. corak apakah yang terlekat pada hoodie yang aku pakai. Ramai tak tau terutama mereka yang bukan peminat pakaian tradisional.. kan kan ? Tak pe... tak kisah pun. Asalkan sekarang , dah tau..ok la kan ? 

Kandawaris , seperti mana pembaca blog aku ni mesti dah kenal sebab dah berkali kali aku ceritakan pasal mereka.. pasal stud baju melayu bercorakkan songket pelbagai bentuk yang aku pakai masa raya dan majlis akad nikah adik ipar aku hari tu. Cantik kan ? Haaa.Kemudian mereka keluarkan tshirt dan  tote beg yang cukup menawan. Korang boleh tengok di instagram Kandawaris dan beli di web Kandawaris , www.kandaris.com.

Hoodie yang aku pakai ni , aku tempah khas untuk guna di Jepun nanti. Satu pakai siang dan satu lagi pakai malam. Kenapa begini ? Senang kawan kawan nak cari aku andai aku tersesat di dalam stesen keretapi. Hahahahaa..



Kalau korang berminat juga untuk buat tempahan khas bercorak songket , boleh je hubungi mereka atau berminat nak tempah yang aku guna ni pun boleh.. limited edition. Pasni tak dikeluarkan dah. Huhuh.. Material baju boleh dibincang. Hee..

Instagram : https://www.instagram.com/kandawaris/

14 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.