Terima kasih Tadika Arina, Putrajaya. Tahniah Qhaliff!

Cepat benar masa berlalu. Terasa seperti baru semalam aku menyambut kelahirannya. Membesarkannya dari sebesar tapak tangan, menjaganya dari hanya tahu menangis hinggalah bijak membalas setiap soalan maut bapak ya, adalah satu keajaiban buat aku.

Tak sangka aku sebenarnya mampu melakukannya . Yelah, dulu aku ingat jika tak bekerja besar, bergaji besar, tak mampu untuk besarkan anak apatah lagi menyekolahkannya. Bukanlah mudah sebenarnya tapi disebabkan itulah tanggungjawab kita maka janganlah dipandang remeh sama sekali.

Anak kecil kita.. Andai kita tidak luangkan masa utk mereka, jangan dimarahi jika mereka gagal mencapai apa yang kita inginkan sebab kegagalan itu berpunca dari kita sendiri. Ada ibu bapa fikir dengan menabur duit , itu sudah melebihi dari mencukupi !







Hari ni persamaan 4/11/2018, dia dah tamatkan zaman tadikanya yang mana cemerlang bagi aku. Tak perlu dapat no 1 dan markah 100% pun. Memadai mampu berfikir dengan baik, kenal mana baik dan mana yang tidak serta boleh membaca dan mengira.

Tadika Arina Putrajaya telah berjaya melakukan transformasi pada Qhaliff dengan cemerlang. Guru guru di tadikanya telah mainkan peranan dengan baik sekali.

Sekarang ni dia dah tak sabar nak mulakan pengembaraan baru.. Ke sekolah rendah. Dan Zahra akan mengambil tempat abangnya di Tadika Arina. Aariz pulak akan tinggal berdua dengan aku namun aku jualah yang kena gi jemput mereka bila abis sekolah nanti.

Qhaliff dan Zahra tidak diajar mengenal huruf sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke tadika. Dan ibunya adalah insan yg banyak berkorban. Terima kasih sayang !


6 ulasan:

  1. Tahniah Bro Ben..nago lah dia didikan yang sebaik2nya ..apa jg keperluan pendidikan bagi..kasih sayang pastikan tegur dengan cara suara penuh kasih sayang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, moga Qhaliff terus maju jaya.

    BalasPadam
  3. tahniah qhaliff. bestnya ada jubah konvo semua

    BalasPadam
  4. Tahniah QAliff...
    Qaliff makin besar, sama rupa dengan Zilah..
    Anak omak ni...
    Tahniah Ben..kejap dah masuk tahun 1 ya..

    BalasPadam
  5. Tahniah bang long .. moga terus membesar jafi anak pintar dunia akhirat ya sayang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.