Tarikan menu utama di Utan Cafe & Golf Range , Sepang !



Bagi mereka yang tinggal di area Jenderam atau Sepang, pasti pernah lalu jalan ni.. kan ? Haaa.. Aku pun selalu je tapi nak berhenti tu cam berat jer. Risau nak makan kat sini. Kot kot tak sedap. Hahahaa.. Dan akhirnya aku berhenti situ , beberapa hari lepas untuk sambut Ulang Tahun Perkahwinan aku bersama isteri pertama aku.. Yer, satu tu je bini aku ada ! Hahaha.. Alhamdulillah. 

Dan berbaloi ! Serius berbaloi ! Dengan harga , makanan yang di masukkan ke dalam tekak dan perut sangatlah menguntungkan. Esok paginya pun masih kenyang.. Hehehe.. Banyak menu woo ! 

Kali ni aku nak cuba untuk makan tengahari lak. Untuk ke sini , korang waze je Utan Cafe. Confirm jumpa..  Kat Sepang tau. Berdekatan dengan Tasik Teratai.. Jangan bawak laju bila dan sampai situ.. Pastu cari signboard RESTORAN ni.. 





Permandangan yang menghijau. Rileks dan santai.

Aku order air kendondong asam boi ! Asli kau ! Memang masam abissss.. Hilang sakit kepala dan dahaga aku. Hahahaa.. 



Untuk wife , dia makan Nasi Goreng Lautan dalam. Harga RM20++. Penuh dengan makanan laut segar dalam tu.. Kenyang sungguh dia. Tak kasi aku rasa langsung. Hahahaa.. Sedap katanya. Pedas ?Korang boleh mintak untuk sederhana pedas. 


Aku order Mee Bandung Lautan Dalam .Serius aku tak tau camana rupa tapi teringin nak makan mee bandung. Dan yang sampai.. tu diaaa ! Terkedu.. boleh abiskan ke ? Harga pun sama gak. RM20++



Dan akhirnya... aku cuba cekodok dan lempeng sambal tumis. Hehehehe.. Sedappppp ! Cekodok cicah sambal tumis tu pun power !

Hari Ahad tutup ,Kalau tak , sah aku singgah lagi untuk try masakan lain lak. Oh ya... Utan Cafe ada amik catering juga yer. Diorang dah lama dalam bidang ni. Ramai orang kenamaan memang selalu tempah dengan mereka seperti... heeee.. ada la ! Kalau gi sana , nampak gambar gambar kat situ. 

Untuk lebih lanjut , boleh follow instagram Chef Anet dan Utan Cafe. Waktu operasi , 11 pagi hingga 11 malam. Ahad choooti !

5 ulasan:

  1. Wah, bestnya, mereka yang suka makanan seafood mesti nak cuba makanan kat sana.

    BalasPadam
  2. Haihhh bila nak pi ni,menu² semua menyelerakan!

    BalasPadam
  3. Sejuk mata memandang tempat dia.

    BalasPadam
  4. adoiiii bestnya.....memang nak cuba sangat2

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.